Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru hadapi 10 tuduhan salah laku seks dengan pelajar 15 tahun

Mar 31, 2014 | 07:04 PM



SEORANG guru telah dikenakan 10 tuduhan salah laku seks dan perbuatan lucah ke atas seorang pelajar berusia 15 tahun, semalam.


Lelaki berkaca mata berusia 32 tahun itu dikatakan mengadakan hubungan seks bersama pelajar perempuan tersebut lapan kali selain melakukan perbuatan lucah ke atasnya dua kali.


Perbuatan tersebut dilakukan selama empat bulan di tempat-tempat berlainan, termasuk rumah tertuduh dan hotel.


Menurut dokumen mahkamah, tertuduh dikatakan mecium dan meraba buah dada pelajar itu di biliknya di Kensington Park pada September 2012.


Selama dua bulan berikutnya, dia dikatakan mengadakan hubungan seks dengan kebenaran pelajar itu di Rifle Range Road, V Hotel Lavender di Jellicoe Road dan sebuah tempat yang tidak dinamakan sebanyak enam kali.


Dua tuduhan terakhir mendakwa guru itu mengadakan hubungan seks dengan pelajar berkenaan di rumahnya pada 10 Disember 2012 dan di sebuah tempat yang tidak dinamakan pada 11 Januari tahun lalu.


Peguam tertuduh, Encik Roy Neighbour, meminta kes itu ditangguh bagi mmembuat perwakilan.


Kes itu akan didengar lagi pada 28 April ini manakala guru tersebut diberi ikat jamin $20,000.


Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan/atau denda bagi setiap tuduhan.


Hukuman maksimum bagi kesalahan melakukan perbuatan lucah pula ialah denda $10,000 dan penjara lima tahun bagi setiap tuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >