Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru hilang $4,000 ekoran penipuan kerja; 19 individu ditangkap kerana disyaki terlibat dalam penipuan serupa

Oct 13, 2021 | 10:25 PM



SEORANG guru 32 tahun di Singapura mengharapkan pendapatan tambahan daripada tugas sambilan demi menyokong keluarga tetapi pada akhirnya kehilangan hampir $4,000.



Beatrice (bukan nama sebenar) bercadang mengambil tugas sebagai "pembantu dalam talian", tawaran yang lumayan kerana pendapatan bulanan yang menarik sebanyak $8,000 selepas terpandang beberapa iklan bagi pekerjaan itu di platform media sosial.



Tugasnya mudah. Beliau perlu membeli produk pada laman e-dagang Shopee bagi menambah jualan dan dijanjikan wang pulangan di samping bayaran komisyen bagi setiap barangan yang dibeli.



Guru ini menyangka bayaran dibuat menerusi Shopee tetapi sebaliknya beliau diarah agar mengalihkan wang tersebut ke nombor akaun bank yang disediakan si penipu.



Beatrice menyangsikan tugasan ini pada awalnya. "Saya mendapati pelik juga pekerjaan sebegini diiklankan di media sosial dengan pendapatan tinggi," katanya.



Namun, beliau diyakinkan si penipu bahawa semua pekerja yang digajikan itu adalah sebahagian pasukan pemasaran di Shopee yang dicari bagi memajukan profil pedagang dengan menambah kumpulan pelanggan mereka.



"Ia kelihatannya tidak melanggar peraturan sebab terdapat lebih 100 orang dalam kumpulan sembang WhatsApp dan mereka malah beri saya nombor pengenalan pekerja," kata Beatrice, ibu seorang anak lelaki.



Pada 18 September, beliau untung $45 daripada dua tugasan melibatkan langkah memindahkan $130 dan $320 daripada simpanannya.



Apabila beliau lebih yakin, beliau patuh pada arahan memindahkan jumlah besar sebanyak $1,900.



Penipu ini kemudian mengatakan Beatrice perlu menyelesaikan bahagian tambahan tugasannya dan mereka tidak boleh membayarnya balik kecuali beliau memindahkan lagi $1,900.



Kerana takut kehilangan wang, Beatrice melakukan apa yang diarahkan kepadanya. Namun, si penipu terus mendesak memintanya mengalihkan lebih $8,000 bagi "menamatkan tugasannya".



"Apabila saya memberitahu mereka saya tidak mempunyai wang yang cukup, mereka dengan sewenang-wenangnya memberitahu saya agar meminjam daripada teman atau jiran," ceritanya.



Pada waktu itu, Beatrice mula menyedari beliau ditipu dan langsung membuat laporan polis pada malam itu. Beliau masih belum mendapatkan pulangan wangnya.



Polis, dalam kenyataan pada Rabu (13 Oktober), berkata mereka telah memberkas 19 orang yang disyaki - 16 lelaki dan tiga wanita - kerana terlibat dalam pelbagai tugas penipuan pekerjaan ini dalam tempoh operasi penguatkuasaan selama dua hari, awal minggu ini. 



Mereka berusia antara 18 dengan 35 tahun dan disyaki membuka atau meminjamkan akaun bank kepada penipu, mendapatkan mangsa dan secara menipu mendaftar talian telefon bimbit.



Siasatan masih dijalankan.



Dalam kes ini, mangsa dijanjikan pulangan segera dengan melakukan tugas mudah seperti mengikuti akaun media sosial dan menyukai pos bagi menambah daya tontonan di media sosial.



Namun, mereka terjerat dengan ketetapan sebelum melakukan tugasan itu, mereka perlu membayar pakej keanggotaan yang berharga antara $10 dengan ribuan dolar.



Mereka membayar menggunakan 'cryptocurrency' atau pemindahan bank kepada individu yang tidak dikenali.



Kata polis: "Dalam kebanyakan kes, mangsa diyakinkan bahawa tugas ini tidak salah kerana mereka menerima komisyen pada peringkat awal keanggotaan mereka.



"Mereka menyedari bahawa mereka telah ditipu apabila tidak mendapat komisyen lanjutan atau tidak dapat mengeluarkan wang dari akaun keanggotaan mereka."



Polis bagaimanapun tidak mendedahkan dalam kenyataannya berapa ramai mangsa ditipu atau jumlah keseluruhan yang hilang.



Sejumlah $6.5 juta hilang ekoran penipuan pekerjaan pada separuh pertama tahun ini, satu peningkatan besar daripada $60,000 yang hilang dalam tempoh sama tahun lalu.



Polis menasihati orang awam agar tidak menerima tawaran pekerjaan yang menyangsikan serta menjanjikan bayaran lumayan bagi usaha minimal ini.



"Perniagaan yang sah tidak memerlukan mereka yang mencari pekerjaan agar menggunakan akaun bank sendiri bagi menerima wang bagi pihak perniagaan ini atau membuat bayaran bagi mendapatkan pekerjaan serta meraih komisyen," tambah polis.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >