Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru inspirasi pada murid

Sep 10, 2020 | 05:30 AM



GURU sekolah menengah Cik Norul Ashiqin Rashid mempunyai cara tersendiri untuk memberi inspirasi kepada pelajar yang lebih lemah dalam pelajaran dan memerlukan bantuan tambahan.



Selain berkongsi kisah hidup sendiri supaya tidak berputus asa, beliau juga meluangkan lebih banyak masa bersama pelajar sedemikian.



Cik Norul Ashiqin, 39 tahun, yang mengajar subjek Kimia di Sekolah Menengah Meridian, berkata:



"Saya berkongsi mengenai beberapa insiden di mana saya sendiri mengalami cabaran di sekolah, seperti apabila saya mendapat markah yang rendah bagi ujian dan peperiksaan... saya juga pernah kecewa apabila menerima keputusan semasa di sekolah."



Lebih penting lagi, menurut Cik Norul, adalah tindakan susulan yang dilakukan selepas kekecewaan itu.



"Justeru, saya terus berusaha untuk mengulangkaji, membuat latihan dan bertanya dengan kawan-kawan dan akhirnya berjaya mempertingkat diri sendiri," kata Cik Norul, ibu dua anak.



Beliau, yang juga ketua Jabatan Kurikulum Karakter dan Kerakyatan (CCE), menjelaskan adalah penting bagi setiap pelajar mendekati mata pelajaran dengan aktif dan menggalakkan pelajarnya untuk bertanya soalan demi menambah pemahaman mengenai sesuatu perkara.



Semalam, Cik Norul menerima Anugerah Peringkat Nasional di Anugerah Guru Penyayang (CTA) ke-13 - antara tiga penerima tahun ini.



Lagi tujuh guru memenangi Anugerah Kepujian Nasional dan mereka dipilih daripada lebih 5,800 calon daripada 225 sekolah di sini.



Antara lain, anugerah itu mengiktiraf komitmen yang ditunjukkan guru bukan sahaja untuk mendidik pelajar dalam akademik, malah dari segi sosial, emosi dan mental mereka.



Anugerah tahun ini, yang diadakan semasa pandemik Covid-19 juga mengambil kira sumbangan guru yang giat memastikan pembelajaran pelajar mereka tidak terganggu apabila sekolah ditutup dan kelas berpindah ke dalam talian.



Ia diberikan oleh Institut Pendidikan Nasional di Universiti Teknologi Nanyang (NIE, NTU) dengan sokongan Kementerian Penddikan (MOE) dan ExxonMobil Asia Pacific.



Menurut Cik Norul, menyesuaikan diri dan menyiapkan bahan seperti video untuk disampaikan kepada pelajar menerusi dalam talian semasa tempoh pemutus litar adalah mencabar.



Secara peribadi, keluarganya pula ditimpa kesusahan pada Mac lalu apabila ayahnya cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya dan perlu menjalani dua pembedahan di kepala.



Namun, walau sibuk menguruskan komitmen keluarganya, Cik Norul berkata beliau sedar bahawa beliau juga mempunyai tanggungjawab kepada murid-muridnya.



"Memang tempoh ini amat mencabar buat saya dan keluarga, tetapi saya masih ada tanggungjawab terhadap pelajar saya, seperti membantu mereka membuat persiapan bagi peperiksaan yang akan datang," kata beliau yang mengajar murid menengah dua, tiga dan lima.



LAPORAN LANJUT: 10 guru terima Anugerah Guru Penyayang 2020




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >