Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru jasmani dipuji bantu polis berkas lelaki bersenjata tukul

Dec 03, 2019 | 05:46 PM



APABILA Encik Khairil Anwar Tahir ternampak seorang lelaki yang mengetuk kenderaan yang lalu menggunakan tukul di tengah jalan, beliau tahu beliau mesti melakukan sesuatu.



Risau mungkin ada yang akan tercedera, guru pendidikan jasmani itu memekik ke arah lelaki berusia 66 tahun itu, yang dipercayai kurang siuman, dan cuba mengalihkan perhatiannya.



Lelaki tua itu memegang tukul di tangannya.



Dia telah pun dituduh melakukan tindakan terburu-buru yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain, dalam kejadian yang berlaku 27 November lalu itu.



Encik Khairil, 39 tahun, menelefon polis yang beberapa minit kemudian tiba di tempat kejadian.



Pegawai polis cuba menahan lelaki tua itu untuk mengambil tukulnya dan mereka dibantu Encik Khairil.



Kejadian tersebut dirakam dan video yang dikongsi di media sosial menjadi tular.



"Kalau semua orang fikir yang ada orang lain yang dah telefon polis, macam mana? Kalau saya tak lakukannya, mungkin tak ada orang yang akan melakukannya," ujar beliau.



Berkat usahanya itu, beliau telah disampaikan dengan Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam di Divisyen Polis Bedok pada Isnin (2 Dis), lapor The Straits Times.



Komander Divisyen Polis Bedok Julius Lim memuji tindakan Encik Khairil dan pegawai yang terlibat - Sarjan Lee Wei Liang, 23 tahun; Sarjan Konstabel Khas Quinnlan Zaini Hassan, 20 tahun; dan Sarjan Wong Cheuk Kay, 25 tahun, yang tidak bertugas pada waktu itu.



"Contoh (Encik Khairil) mengingatkan kita bahawa menjaga undang-undang di Singapura melibatkan bukan sahaja polis tetapi warga Singapura lain yang ke hadapan untuk bekerjasama dengan pegawai polis untuk memastikan masyarakat kita selamat," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >