Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru lelaki didapati bersalah cabul kehormatan pelajar yang dianggap anak angkatnya

Jul 12, 2021 | 09:48 PM



SEORANG guru lelaki didapati bersalah mencabul kehormatan seorang budak lelaki berusia 12 tahun ketika budak itu tidur di rumahnya.



Guru itu menganggap budak tersebut, bekas pelajarnya, sebagai 'anak angkat' dan menyokongnya secara kewangan.



Hakim Daerah John Ng mendapati lelaki itu bersalah atas dua tuduhan mencabul kehormatan selepas perbicaraan.



Warga Singapura berusia 36 tahun itu juga didapati bersalah atas satu tuduhan cuba mencabul kehormatan.



Dia telah digantung daripada berkhidmat sebagai seorang guru sejak Julai 2017 dan tidak langi mengajar di sekolah.



Butiran mengenai lelaki, budak lelaki dan sekolah itu tidak dapat didedahkan atas perintah mahkamah.



Lelaki itu merupakan guru Darjah 6  mangsa yang mengajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada 2016.



Mahkamah diberitahu budak lelaki itu dibesarkan oleh ibu tunggal dan tidak mempunyai tokoh seorang bapa dalam kehidupannya.



Pada awal 2017, budak lelaki itu setuju menjadi anak angkat lelaki tersebut kerana merasakan dia "ikhlas" dan peduli terhadapnya.



Semasa cuti sekolah Jun 2017 apabila budak lelaki itu tidur di rumah lelaki tersebut, kemaluannya disentuh dua kali oleh lelaki itu.



Apabila budak lelaki itu pulang ke rumah, dia memberitahu ibunya apa yang berlaku dan berkata dia mahu membuat laporan polis, namun dihalang ibunya itu.



Budak lelaki itu kemudian memberitahu kaunselor sekolahnya apabila sekolah dibuka semula.



Polis kemudian diberitahu tentang kejadian itu.



Lelaki itu akan dijatuhkan hukuman pada 19 Ogos.



Bagi setiap tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak di bawah usia 14 tahun, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda atau disebat. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >