SEORANG guru telah dihukum penjara selama 26 bulan semalam atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajar dan melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas seorang lagi pelajar pada 2010.
Tindakan guru itu, Yeo Chang Yong, yang melakukan seks dengan seorang pelajar berusia 15 tahun dan berlaku tidak senonoh dengan seorang lagi pelajar berusia 14 tahun, telah disifatkan sebagai amat menyedihkan oleh Hakim Daerah, Cik Wong Choon Ning.