Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Guru matematik sekolah antarabangsa dijel kerana seks dengan pelajar

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



SEORANG guru matematik sebuah sekolah antarabangsa di Singapura menjalin hubungan seksual dengan pelajarnya yang berusia 14 tahun, dan memanipulasi remaja perempuan itu agar merahsiakannya.



Mereka melakukan seks sebanyak empat kali, dan dalam dua kejadian guru itu mengarahkan mangsa mengambil pil perancang selepas seks.



Penduduk Tetap (PR) Singapura dari China itu, yang tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa, dipenjara lima tahun semalam.



Dia mengaku bersalah bagi tiga tuduhan melakukan hubungan seks dengan budak bawah umur, dengan dua tuduhan serupa diambil kira semasa hukumn dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa mangsa, kini berusia 17 tahun, adalah warga China yang datang ke Singapura pada Februari 2019 untuk belajar.



Tertuduh mula mengajar matematik di sekolah tersebut pada Januari tahun itu. Mereka berkenalan sekitar Mac tahun itu ketika dia mengajar kelasnya, dan mangsa meminta bahan pelajaran daripadanya.



Mereka kemudian bertukar-tukar nombor telefon dan pelajar itu mengongsi dengan guru tersebut isu yang dihadapinya sebagai pelajar asing baru. Pada 6 April tahun itu mereka menjadi pasangan tetapi ia dirahsiakan daripada orang lain.



Mereka melakukan seks empat kali di rumah guru itu dalam masa dua bulan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Colin Ng memberitahu mahkamah: "Tertuduh memberitahu mangsa adalah perkara "biasa" bagi pasangan melakukan hubungan seksual.



"Dia juga memberitahu mangsa jangan memberitahu sesiapa mengenai kegiatan seksual mereka kerana ia akan menjejas reputasi mangsa dan keadaan lebih teruk jika ibu bapa mangsa mendapat tahu."



Pasangan itu berpisah pada Jun tahun itu. Mangsa pulang ke China pada Julai 2019 dan memberitahu ibunya mengenai kejadian itu. Ibunya kemudian menelefon penjaga anaknya di Singapura untuk membuat laporan polis.



Menurut laporan psikiatrik mangsa menyatakan dia berasa sedih, marah dan takut sejak terlibat dengan tertuduh. Dia juga takut akan lelaki dan sukar mempercayai orang lain.



DPP Ng berkata tertuduh menyalah guna amanah yang diberi kepadanya sebagai seorang guru.



"Dia tahu adalah tidak wajar untuk seorang guru menjalin hubungan dengan pelajar tetapi tetap meneruskan," ujar DPP Ng.



Beliau menambah bahawa pil perancang itu diperoleh daripada sumber meragukan lantas membahayakan kesihatan mangsa.



Tempoh pekerjaan guru itu di sekolah tersebut telah berakhir.



Peguamnya, Encik Shashi Nathan daripada Withers KhattarWong, berkata dalam mitigasi bahawa sejurus selepas menjalin hubungan dengan pelajar itu, anak guamnya amat menyesali perbuatannya dan berusaha menjauhkan diri daripada mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >