Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru mungkin perlu bayar letak kereta di sekolah, JC

Jan 08, 2016 | 07:43 AM



Guru di sekolah nasional dan maktab rendah (JC) mungkin dikehendaki membayar bayaran letak kereta di institusi mereka, seawal tahun ini.


Kementerian Pendidikan (MOE) berkata pada Khamis (7 Jan) ia sedang mengkaji semula bayaran tempat letak kereta untuk sekolah "mengikut garis panduan perkhidmatan awam".


Sekiranya ia dilaksana, guru di lebih 360 sekolah dan JC akan terjejas, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat.


Tahun lalu, Ketua Audit Negara (AG) tidak setuju beberapa institusi pendidikan membolehkan kakitangan mereka meletak kereta secara percuma atau mengenakan bayaran di bawah kadar pasaran.


Amalan seperti itu "sama seperti menyediakan subsidi tersembunyi bagi meletak kenderaan", ujar AG dalam laporan tahunan mengenai kesilapan kewangan dalam badan-badan sektor awam.


Akhbar Cina Lianhe Zaobao melaporkan pada Khamis bahawa MOE membincangkan isu itu sejak awal tahun lalu.


Hampir semua pertubuhan perkhidmatan awam, termasuk kementerian, mengenakan bayaran tempat letak kereta di pejabat mereka.


Tiada bayaran dikenakan di kebanyakan tempat letak kereta sekolah rendah dan menengah serta JC. Tempat letak kereta mereka sedang selalunya disediakan untuk kakitangan sekolah.


Bagaimanapun di Sekolah Seni di Zubir Said Drive di sebelah pawagam The Cathay, tempat letak kereta terbuka itu dibuka kepada orang awam serta kakitangan sekolah, dengan bayaran ditetapkan pada harga pasaran.


Tiga institusi disebut oleh AG tahun lalu ialah Institut Pendidikan Teknikal (ITE), di mana tempat letak kenderaan percuma, dan Politeknik Singapura serta Politeknik Temasek, yang mengenakan bayaran letak kereta di bawah kadar pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >