Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Guru Penyayang' junjung amanah...

Sep 28, 2022 | 05:30 AM



GURU Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Boon Lay, Cik Nor Faatihah Haron, 35 tahun, terkenang cabaran yang beliau hadapi dengan salah seorang pelajarnya yang kerap lewat dan ponteng sekolah.



Pelajar itu tidak mempunyai hubungan baik bersama rakan-rakan sekolah lain dan juga guru-gurunya.



Namun, hasil keikhlasan dan masa yang diluangkan beliau bersama pelajar itu, akhirnya pelajar itu berubah.



Malah, pelajar itu bukan sahaja dapat memperbaiki hubungannya bersama rakan-rakan dan gurunya, bahkan dia menjadi salah seorang pelajar terbaik dari segi akademik dan juga kapten bagi pasukan bola jaring di sekolahnya.



Semalam, Cik Nor Faatihah merupakan salah seorang daripada empat guru yang diberikan Anugerah Peringkat Kebangsaan yang diiktiraf kerana sifat penyayangnya dalam Majlis Penyampaian Anugerah Guru Penyayang (CTA) 2022.



Beliau menerima anugerah itu dari Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).



Acara itu dianjurkan oleh Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang (NIE-NTU) dengan kerjasama ExxonMobil Asia Pacific dan diadakan di Sekolah Tinggi NUS bagi Matematik dan Sains.



Dalam majlis itu, enam lagi guru menerima Anugerah Kepujian Kebangsaan.



"Bagi saya, anugerah ini bukan hanya melambangkan kejayaan saya malah mengingatkan saya tentang amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul dalam mendidik generasi masa depan.



"Ia bukan hanya untuk memburu pencapaian akademik semata-mata tetapi untuk membina keperibadian yang positif juga," kata beliau yang turut mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan mengikuti latihan yang relevan untuk menjadi seorang kaunselor terlatih.



Mengimbas kisah pelajar itu, Cik Nor Faatihah, yang sudah lebih sedekad menjadi guru, berkata detik yang membanggakan baginya ialah apabila pelajar itu berjaya menamatkan pendidikan sekolah menengahnya.



Beliau percaya bahawa mengajar adalah satu kerjaya yang dilakukan dari hati dan keikhlasan adalah kunci utama.



"Kuncinya adalah keikhlasan seorang guru kerana para pelajar akan tahu sejauh mana keikhlasan kita melalui tindak laku kita.



"Keikhlasan bermakna kita harus melakukan yang terbaik untuk membangunkan kekuatan para pelajar dan meraikan kemajuan mereka di setiap peringkat yang dikecapi," ujar beliau.



Apabila ditanya apakah yang memberikannya inspirasi sebagai seorang guru, beliau menyatakan bahawa seorang guru yang mengajarnya subjek sejarah di sekolah menengah dulu merupakan contoh terbaik buatnya.



"Guru sejarah saya, Encik Jana juga seorang guru disiplin dan walaupun beliau dikenali sebagai seorang guru yang garang, kelasnya sering membangkitkan rasa ingin tahu dan juga membuka minda pelajar untuk melihat dari lensa yang berbeza.



"Saya menjadikan ini sebagai peringatan bagi saya bahawa setiap pelajar datang dari latar belakang yang pelbagai, lantas saya juga harus pelbagaikan pendekatan saya dalam mengajar para pelajar dan membina hubungan yang positif dengan mereka," ujar Cik Nor Faatihah, yang sudah berumah tangga.



LAPORAN SELANJUTNYA:  Guru pelita menerangi jalan: Maliki




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >