Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru prasekolah boleh dikerah ke kelas, lokasi berbeza dek kurang tenaga kerja

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



PUSAT prasekolah kini dibenarkan mengerah kakitangan mereka untuk kelas berbeza dan jika perlu, ke lokasi lain bagi meringankan situasi dengan tenaga kerja yang berkurangan dan memastikan operasi terus berjalan lancar, kata Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua, semalam.



Menurutnya, kes Covid-19 yang semakin meningkat disebabkan varian Omicron telah menjejas sektor itu dan jumlah tinggi kakitangan yang dijangkiti boleh menyebabkan operasi yang terjejas.



"Pada fasa pandemik ini, kita inginkan prasekolah kita kekal dibuka sebaik mungkin supaya impak sosial dari prasekolah yang ditutup kekal minimum," katanya.



Kerahan silang lokasi itu turut dikenakan langkah pengurusan keselamatan, katanya.



Encik Chua berkata demikian dalam responsnya terhadap soalan dari Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee) berkaitan sokongan yang diberikan kepada prasekolah yang berhadapan dengan peraturan Covid-19 dan kekurangan tenaga kerja dengan kes yang semakin meningkat.



Dalam fasa awal pandemik, kerahan kakitangan silang kelas dan pusat prasekolah di pusat yang sama akan dihadkan untuk mengurangkan risiko jangkitan virus, katanya.



Buat masa kini sementara kakitangan prasekolah semua divaksin penuh dan perlu menjalani ujian mingguan yang dijadualkan, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) menyediakan pengendali dengan lebih banyak fleksibiliti dari segi kerahan tenaga kerja dalam prasekolah dan mana-mana yang diperlukan.



"Setiap prasekolah boleh mengerah kakitangan mereka silang kelas dan menggunakan khidmat kakitangan sementara.



"Dalam bidang di mana kurangnya tenaga kerja seperti guru-guru bahasa ibunda, kakitangan boleh dikerah silang prasekolah, berlandaskan langkah pengurusan keselamatan," kata Encik Chua.



Bagi prasekolah dengan ramai kakitangan yang tidak dapat hadir, Ecda akan bekerjasama rapat dengan pengendali untuk merancang cara terbaik meneruskan operasi seperti menyesuaikan program mereka dan fleksibiliti dalam mengerah kakitangan, tambahnya.



Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memantau kesihatan anak-anak mereka dan berjumpa doktor jika berasa kurang sihat.



Kanak-kanak yang kurang sihat perlu kekal di rumah dan kembali ke prasekolah hanya selepas mereka pulih, katanya.



Encik Chua turut mendorong ibu bapa kanak-kanak lima tahun ke atas yang layak supaya berdaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 untuk mendapatkan perlindungan yang lebih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >