Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru prasekolah digalak ajar murid tentang keselamatan tubuh: MSF

Jan 07, 2022 | 07:09 PM



GURU prasekolah akan digalakkan untuk mengajar murid mereka – berusia empat hingga enam tahun – tingkah laku yang mempromosikan keselamatan sendiri dan kumpulan, termasuk kesedaran tentang keselamatan tubuh dan untuk mendapatkan bantuan daripada warga dewasa apabila mereka rasa disakiti atau tidak selamat, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Jumaat (7 Jan).



Latihan bagi pendidik baru dan kini juga akan diperbaiki dalam aspek tersebut sebagai sebahagian penambahan sokongan kepada prasekolah untuk memupuk kemahiran keselamatan tubuh badan dalam kalangan kanak-kanak kecil oleh MSF dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda).



MSF berkata:

“Menerusi program yang sesuai berdasarkan umur, kanak-kanak kecil akan dilengkapi ilmu dan kemahiran untuk menghormati sempadan tubuh badan – kedua-dua mereka dan orang lain, membezakan antara sentuhan baik dan tidak baik, dan untuk memberitahu warga dewasa yang boleh dipercayai sekiranya mereka disentuh dalam cara tidak sesuai atau rasa tidak selamat.”



Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling mengunjungi PCF Sparkletots @ Sengkang Central Blok 208 pagi tadi dan memerhatikan pelajaran keselamatan tubuh yang dijalankan di kelas Tadika 2.



Menerusi video, lagu, dan perbincangan yang sesuai berdasarkan umur, kanak-kanak mempelajari tentang badan mereka, apakah yang merupakan sentuhan baik dan tidak baik, dan cara melindungi diri mereka.



Cik Sun berkata:

“Pengetahuan tentang keselamatan tubuh penting dalam mencegah penderaan seksual dan keganasan domestik. Ia penting untuk mengajar kanak-kanak kita tentang keselamatan tubuh dari umur yang muda supaya kanak-kanak boleh melindungi diri mereka apabila orang lain menyentuh mereka dalam cara yang tidak sesuai.



“Kanak-kanak juga diajar untuk bersuara dan lapor kepada warga dewasa yang boleh dipercayai apabila mereka rasa tidak selamat.”



Langkah ini merupakan sebahagian semakan Kementerian Pendidikan (MOE) ke atas Rangka Kerja Memupuk Pelajar Awal atau Nurturing Early Learners.



Rangka kerja yang disemak itu akan dilancarkan akhir tahun ini, dengan latihan dirancang bagi prasekolah mengenai penambahan utama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >