Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERMINTAAN BAGI GURU PRASEKOLAH

'Guru prasekolah perlu lebih daripada semangat'

Dec 23, 2022 | 05:30 AM



GURU prasekolah memainkan peranan penting, buka sekadar menjaga, bahkan mengajar, mengasuh dan bertanggungjawab bagi perkembangan kanak-kanak, ujar Encik Muhammad Firdaus Rosli, seorang guru prasekolah Kidz Meadow Childcare & Development Centre (Yishun).



Beliau, berusia 24 tahun, menyertai prasekolah itu Oktober lalu selepas menamatkan pengajian diploma psikologi kanak-aanak dan pendidikn awal kanak-kanak daripada Politeknik Ngee Ann.



"Sebagai seorang guru, motivasi saya ialah peluang membuat perubahan dalam kehidupan kanak-kanak, terutamanya demi melihat mereka berkembang dan memperoleh kemahiran dan kecekapan pembelajaran baru," kata guru Bahasa Melayu itu .



Beliau menyediakan rancangan pengajaran berdasarkan rangka kurikulum Memupuk Murid Awal Kementerian Pendidikan (MOE), yang meliputi mata pelajaran seperti fonik, pembelajaran bertema dan penghayatan bahasa dan budaya Melayu.



Beberapa cabaran yang dihadapinya sebagai guru prasekolah ialah perlu menguruskan kanak-kanak yang mempunyai keperluan pembelajaran dan perkembangan tidak didiagnosis.



"Ada juga batasan yang dihadapi guru prasekolah lelaki, misalnya dalam tugas mandi dan tandas. Jadi, saya sekadar membantu memastikan kanak-kanak itu beratur dengan teratur," tambahnya.



Bersemangat melakukan pekerjaan ini sahaja tidak mencukupi kerana ia meliputi pelbagai tugas mengajar dan bukan mengajar.



"Tugasnya semakin baik, tetapi guru prasekolah memerlukan pengiktirafan dan pampasan lebih baik untuk menangani peningkatan kos sara hidup yang kita semua hadapi," ujarnya.



"Saya amat menghargai pengumuman baru-baru ini oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengenai usaha menarik lebih ramai guru ke dalam industri ini dan mengkaji semula gaji permulaan graduan baru seperti saya," tambah Encik Firdaus.



Itu sebahagian daripada keseluruhan strategi pengambilan dan pengekalan untuk meningkatkan mutu pendidikan prasekolah di Singapura.



Sementara itu, pengetua Kidz Meadow, Cik Juriyah Selamat, berkongsi beberapa perkara yang diperlukan untuk mengekalkan guru sedia ada di prasekolah itu.



"Keseimbangan kehidupan-kerja adalah penting, terutamanya dalam kalangan guru yang mempunyai anak kecil atau bersekolah dan mereka yang ingin membina keluarga," katanya.



Selain itu, guru prasekolah perlu sokongan bagi kesejahteraan mental dan fizikal untuk memastikan mereka tidak berasa letih dengan pelbagai tanggungjawab kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >