Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Guru sekolah rendah didakwa berkelakuan tidak senonoh ke atas remaja 14 tahun

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



SEORANG guru sekolah rendah telah dituduh berkelakuan tidak senonoh dengan remaja berusia 14 tahun pada tahun lalu.



Lelaki itu, yang kesnya kali terakhir didengar di mahkamah pada 12 November lalu, kini dikenakan tiga lagi tuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan bagaimana kededua lelaki dan remaja perempuan itu bertemu.



Dalam kenyataannya yang diberikan kepada The Straits Times (ST) semalam, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata guru itu telah digantung kerja sejak Ogos tahun lalu, apabila siasatan polis bermula.



Menambah, jurucakap itu berkata:



"MOE menganggap serius salah laku kakitangan dan tidak akan berlengah untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang gagal mematuhi piawaian tatalaku dan disiplin kami, termasuk memberhentikan mereka."



Menurut dokumen mahkamah, lelaki itu didakwa mencium bibir remaja perempuan itu di dalam sebuah kereta di Upper Thomson Road pada awal April tahun lalu.



Dia juga dituduh menyentuh dan mencium bahagian atas tubuhnya antara April dengan Jun tahun lalu.



Guru itu juga dikatakan melakukan perbuatan serupa ke atas remaja itu pada 3 Jun tahun lalu.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan bagaimana kesalahan lelaki itu diketahui.



Ikat jamin telah ditetapkan pada $15,000 dan antara syarat dia dibenarkan ikat jamin adalah supaya dia tidak menghubungi remaja perempuan itu.



Dia juga dilarang menghubungi saksi pendakwa.



Kes itu telah dianjak ke 10 Disember.



Bagi setiap tuduhan, pesalah kali pertama boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda hingga $10,000 kerana melakukan perkara tidak senonoh terhadap seorang individu bawah usia.



Pesalah berulang boleh dipenjarakan hingga tujuh tahun dan didenda hingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >