Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru tajaka guna kaedah kreatif pupuk minat mengenai iklim, air

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



ISU pemuliharaan air dan perubahan iklim mungkin merupakan topik yang sukar difahami kanak-kanak.



Namun, dua guru tajaka Sparkletots di Pasir Ris West sedang cuba memupuk sikap prihatin terhadap isu sekitaran dalam kalangan kanak-kanak di tajaka itu menerusi program pembelajaran yang menarik dan interaktif.



Encik Sufiyan Suki, 26 tahun, dan Cik Nurul Natasha Rahman, 23 tahun, telah membentuk sebuah program bagi mendedahkan kanak-kanak di cawangan Sparkletots di Blok 738, Pasir Ris Drive 10 itu tentang tempat tinggal beruang kutub dan haiwan liar artik yang semakin terancam ekoran perubahan iklim.



Selain itu mereka juga telah mencipta beberapa program interaktif yang menyentuh tentang isu sumber air yang terbatas di Singapura dan bagaimana Singapura melindungi pantai setempat daripada hakisan menerusi aktiviti yang membabitkan play dough.



Program-program ini dimuatkan dalam matapelajaran alam sekitar berjudul Discovery Of The World (Penerokaan Dunia).



"Kami memulakan perancangan program ini dengan membuat kajian tentang isu perubahan iklim sedunia dan kemudian membincangkan bagaimana untuk menjadikannya lebih mudah difahami kanak-kanak prasekolah," kata Encik Sufiyan ketika ditemui Berita Harian (BH).



Cik Nurul Natasha pula berkata: "Kami memilih haiwan polar bear dan haiwan artik lain kerana kami merasakan bahawa ia merupakan haiwan yang dapat menarik minat kanak-kanak.



"Jadi apabila mereka melihat video yang menunjukkan haiwan seperti penguin dan beruang kutub itu hilang tempat tinggal mereka, mereka pula akan bertanya, 'Cikgu, bagaimana dengan tempat tinggal mereka? Adakah mereka akan hidup atau tidak', dan sebagainya."



Selain tayangan video tersebut, program pendedahan isu hakisan pantai Singapura juga diketengahkan dengan kanak-kanak melibatkan diri untuk membina sebuah peta pantai tiga dimensi menggunakan tanah liat, plastisin dan catan air. Ia bertujuan mendidik murid tajaka tentang bagaimana pantai Singapura dilindungi menerusi pembendungan batu.



Murid juga dilibatkan dalam kegiatan menapis air untuk mengajar mereka cara mendapatkan air jernih dengan menggunakan bahan semula jadi seperti batu, pasir dan sebagainya.



"Dalam kegiatan ini, murid-murid dapat lihat bagaimana sukarnya untuk mendapatkan air jernih dan mereka akan membawa nilai ini ke rumah untuk lebih menjimatkan air," kata Encik Sufiyan.



"Namun kami sedar setiap murid akan mengambil masa yang berbeza untuk memahami topik ini jadi program ini kami perkenalkan kepada mereka secara bertahap dengan adanya animasi, video dan sebagainya," tambah Cik Nurul Natasha.



Inisiatif itu juga merupakan sebahagian usaha agensi air negara PUB sempena Hari Air Sedunia yang disambut sepanjang bulan ini dan membabitkan kerjasama rakan pertubuhan setempat untuk meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap isu perubahan iklim.



Antaranya ialah menerusi program #GoBlue4SG yang telah mendapat komitmen 400 rakan pertubuhan untuk menyokong usaha itu.



Lebih 60 sekolah di Singapura juga telah bertekad untuk menganjurkan Hari Air pada setiap Rabu atau Water Wednesdays yang diperuntuk bagi kegiatan bertema air bagi pelaja, termasuk di Sparkletot di Pasir Ris West itu.



Menurut Guru Besar tajaka itu, Cik Norashikin Haniffa, murid-muridnya telah didedah kepada isu perubahan iklim sejak tahun lalu.



Meskipun pihaknya tidak menekankan topik itu secara mendalam, responsnya amat baik, kata Cik Norashikin yang berkongsi bahawa ibu bapa memberi maklum balas bahawa anak-anak mereka menggalakkan mereka untuk menjimatkan penggunaan elektrik dengan berjalan kaki atau menaiki penangkutan awam, berbanding memandu kenderaan sendiri.



Tambah Cik Norashikin, pendidikan terhadap isu perubahan iklim memang sebaiknya dipupuk dari kecil lagi agar sikap prihatin itu 'melekat' pada usia dewasa.



"Inilah peranan pusat tajaka dalam membina individu yang lebih prihatin dalam masyarakat bagi masa depan negara.



"Terdapat banyak inisiatif yang dianjurkan pemerintah dan juga oleh pertubuhan lain yang mungkin mampu mempengaruh kanak-kanak kecil sekarang terhadap isu perubahan iklim. Jadi, usaha tajaka secara interaktif dan holistik ini menyokong pembelajaran mereka dalam isu perubahan iklim dengan lebih mendalam lagi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >