Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru tayang karya sendiri rangsang murid minat bahasa

Nov 18, 2018 | 05:30 AM



UNTUK merangsang minat para muridnya dalam bahasa Melayu, Encik Roslie Buang Sidik melakukan lebih daripada hanya menggunakan buku teks yang disediakan.



Sebagai seorang yang giat aktif dalam bidang penulisan, Encik Roslie, 46 tahun, turut memperkenalkan karya-karyanya itu kepada anak didik beliau dengan harapan tersemai dalam diri mereka cinta terhadap bahasa ibunda sendiri.



"Untuk memberi motivasi kepada murid-murid saya, saya telah menggunakan karya-karya dan koleksi cerpen sendiri dalam kelas agar ia mencetus minat mereka terhadap membaca karya bahasa Melayu," kata guru di Sekolah Rendah Fernvale itu.



Malah, melihat hasil karya guru mereka itu diterbitkan di akhbar Berita Minggu menimbulkan rasa ghairah dalam diri anak didiknya yang tidak sabar membaca tulisan beliau.



"Unsur teladan itu penting. Apabila guru itu sendiri menulis dan menunjukkan minat dalam penulisan, lebih senang untuk saya mempengaruhi murid-murid saya untuk menceburi bidang tersebut," ujar Encik Roslie.



Beliau, yang mempunyai hampir dua dekad pengalaman sebagai guru Bahasa Melayu, merupakan salah seorang penerima Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2018 bagi kategori Teladan.



Anugerah tersebut bertujuan mengiktiraf guru Bahasa Melayu yang berbakti secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.



Namun, dalam mengajar bahasa tersebut kepada para muridnya, Encik Roslie akur ia bukanlah tanpa cabaran.



"Saya rasa bukan sesuatu yang unik yang berlaku pada hari ini apabila rata-rata para pelajar lebih cenderung membaca atau berurusan dalam bahasa Inggeris.



"Ini merupakan cabaran bagi guru untuk membuat mereka lebih berminat mendalami bahasa Melayu," kata beliau.



Untuk mengatasi cabaran ini, Encik Roslie berkata beliau sendiri perlu mengubah cara pengajarannya dan menggunakan pendekatan yang lebih kreatif dalam merangsang minat para muridnya itu.



"Saya banyak menggalakkan mereka secara permulaan untuk mendedahkan mereka kepada karya bahasa Melayu, menyelitkan ilmu sastera, menggunakan pendekatan kreatif seperti bacaan puisi dan nyanyian dalam kelas agar mereka dapat menggunakan bahasa Melayu dengan lebih menarik lagi," ujarnya.



Dalam pada itu, menyentuh tentang penganugerahan yang telah diberikannya sebagai guru arif budiman tahun ini, Encik Roslie menganggapnya sebagai satu pengiktirafan bukan sahaja terhadap dirinya secara individu, tetapi juga bagi setiap guru yang telah menyumbang ke arah memartabatkan bahasa Melayu.




Watikah untuk Cikgu Roslie Buang Sidik,

Sekolah Rendah Fernvale

Watikah hasil ilham: Sazali Sahri

(Teladan, Agab 2008)



Pembuka kata alunan nada

bicara lembut halus tuturnya

warna minda menceria suasana

anak didik teruja terkesima



mula kerjaya tahun sembilan puluh enam

guru sivik guru disiplin juga guru senam

berpantun bertalibun berseloka bergurindam

anak didik budaya tertanam

nilai budi santun tidak kelam



Teguh perjuang bahasa tercinta

dipena sastera bangsa

mendidik dengan kata-kata

lebih tajam daripada pisau hujahnya

dibawa karya kepada anak didiknya

agar semarak bahasa ibunda di jiwa



Seperti bait pantun:

Terasa seluang hendak melaut,

Terpukul ombak balik ke tanjung;

Jasamu sudah lama bertaut,

Lantas budimu patut disanjung.



Katanya,

inilah indah mendidik bangsa,

Segala kendala

ditempuh dengan kudrat yang ada

agar mereka menjadi rakyat bersepakat.



Taburlah bakti kepada negara katanya

Usahlah jemu berusaha nasihatnya

Anak didik perlu semangat kita

Agar api masa depan terus menyala




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >