Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru tuisyen dijel 18 bulan kerana samar sebagai polis, cabul pembantu rumah

Jul 25, 2016 | 02:59 PM



DENGAN menyamar sebagai pegawai polis, seorang lelaki bertanya satu pasangan mengenai permit kerja mereka, dan kemudian mencabul seorang pembantu rumah, mahkamah diberitahu.

Guru tuisyen bebas Parthiban R. Kandasamy, 39 tahun, melakukan empat kesalahan pada 5 Jun lalu - sehari sebelum satu lagi kes penyamarannya disebut di mahkamah.

Parthiban dihukum penjara 18 bulan pada Isnin (25 Julai) selepas mengaku bersalah bagi tiga kesalahan - berlagak sebagai pegawai polis, dan mencabul serta menghina kehormatan seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 31 tahun.

Hakim Daerah Lee Poh Choo memerintahkan hukuman itu bermula selepas dia menamatkan hukuman penjara empat bulan yang dikenakan ke atasnya sebelum ini, juga kerana menyamar sebagai pegawai polis.

Mahkamah diberitahu bahawa pembantu rumah itu dan teman lelakinya, seorang pekerja binaan berusia 31 tahun dari Bangladesh, berada di taman pencakar langit di tempat letak kereta bertingkat di Tanglin Halt Road apabila Parthiban mendekati mereka.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dan meminta permit kerja mereka.

Parthiban kemudian membawa lelaki itu ke pelantar tangga berhampiran dan bertanya mengenai hubungannya dengan wanita itu.

Dia menyuruh lelaki berkenaan tunggu di situ dan kemudian menyuruh pembantu rumah itu mengikutnya ke pelantar tangga tersebut.

Di sana, dia bertanya apa yang mereka telah lakukan dan apakah wanita itu mempunyai rokok. Apabila beliau menjawab tidak, dia menyentuh pinggul beliau atas alasan mahu memeriksa apakah ada rokok.

Parthiban kemudian menyuruh pembantu rumah itu tarik ke atas baju tanpa lengan dan skirt beliau.

Dia bertanya lagi wanita itu apa yang mereka lakukan dan apabila beliau berkata mereka bercium, dia menyuruhnya menunjukkan kepadanya caranya.

Apabila pembantu rumah itu mencium Parthiban di mulutnya, dia menarik leher beliau dan menciumnya.

Dia juga menyuruh beliau menyentuh bahagian sulitnya kira-kira lima kali.

Selepas itu, dia memberitahu wanita itu supaya pergi.

Pada satu ketika, Parthiban memberitahu teman lelaki wanita itu supaya meninggalkan tempat itu, tetapi dia mendapati beliau menunggunya.

Pembantu rumah itu pulang ke rumah dengan segera dan memberitahu majikannya, yang membawa beliau membuat laporan polis.

Parthiban, yang sudah berkahwin, mempunyai rekod kesalahan mencabul pada 2000, dan hubungan persetubuhan pada 2008.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >