Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru tuisyen terima anugerah cemerlang Mendaki

Nov 13, 2021 | 10:39 PM



Mengajar tuisyen kepada kanak-kanak darjah satu dan dua bukannya mudah, apatah lagi apabila sesi itu diadakan pada petang Sabtu.

Mengadakan kelas secara maya dalam tempoh pandemik ini meningkatkan lagi cabaran, kerana tutor perlu berusaha lebih untuk menarik dan mengekalkan perhatian murid yang belajar dari rumah.

Namun bagi Cik Khairinny Khairi, beliau mempunyai cara membuat kelas tuisyennya menarik hingga tahap kehadiran pelajar bagi kelasnya sangat baik.

Tutor berpengalaman 10 tahun itu menerima Anugerah Sumbangan Cemerlang di majlis Anugerah Tutor Mendaki 2021 pada Sabtu (13 November). 

Anugerah tersebut mengiktiraf individu di atas usaha yang meluas dan berterusan yang membawa kepada kejayaan Program Tuisyen Mendaki (MTP) yang terdiri daripada Skim Tuisyen Mendaki (MTS) dan Program Tuisyen Kerjasama (CTP).

Cik Khairinny, 30 tahun, berkata memandangkan kelas tuisyen diadakan dalam talian tahun ini, beliau cuba menarik perhatian pelajarnya menggunakan permainan seperti kuiz yang membolehkan pelajar mengumpul mata.

“Apabila saya dapat menarik perhatian mereka dan memastikan semua pelajar saya menghadiri kelas, ini bermakna mereka mahu belajar. Ini memberi kepuasan kepada diri saya. Mereka tidak perlu menjadi pelajar yang sentiasa mendapat markah penuh, asalkan mereka mempunyai motivasi untuk belajar, itu adalah satu kejayaan bagi saya,” katanya yang bertugas sepenuh masa sebagai penganalisis kontrak.

Beliau, yang mengajar bahasa Inggeris dan matematik, juga ketua tutor di Sekolah Menengah Canberra, di mana beliau menguruskan tutor, hal pelajar dan urusan pentadbiran.

Tahun ini bagaimanapun adalah tahun terakhir Cik Khairinny akan bergelar tutor kerana beliau mahu berehat seketika bagi memberi perhatian kepada dua anaknya yang berusia tiga dan satu tahun.

“Mungkin saya akan kembali mengajar dalam masa satu atau dua tahun, atau lebih. Saya pasti akan merindui telatah murid-murid saya,” katanya yang turut menerima Anugerah Ketua Tutor Cemerlang. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >