Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

H-Two-O taja minuman isotonik

Nov 04, 2016 | 05:30 AM



PUNCA utama kekurangan air dalam badan atau dehidrasi adalah pengeluaran peluh yang menyebabkan suhu badan naik dan tubuh menjadi lemah.



Justeru, syarikat minuman isotonik Yeo's yang menghasilkan minuman berjenama H-Two-O menekankan bahawa bagi memastikan tubuh kekal bertenaga semasa senaman atau semasa menjalankan kegiatan sukan, penghidratan secara betul harus diamalkan.



Minum air sebelum, semasa dan sesudah permainan atau bersukan - demikian yang ingin disebarkan dan ditanam dalam minda orang ramai, terutama kepada peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg 2016 tahun ini.



H-Two-O merupakan penaja minuman rasmi bagi kejohanan tersebut.



Ia akan menyediakan minuman isotonik bagi pemain semasa berlangsungnya kejohanan itu yang bakal diadakan di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA) di Mattar Road pada 3 dan 4 Disember ini.



Ini merupakan tahun kedua H-Two-O menjadi penaja minuman rasmi kejohanan tersebut.



Menurut syarikat itu, bagi memastikan bekalan air dalam badan mencukupi, air isotonik seharusnya diminum 30 minit sebelum memulakan kegiatan sukan dan juga setiap selang 20 minit.



Air isotonik juga seharusnya cukup diminum selepas kegiatan sukan bagi menggantikan air yang hilang melalui peluh.



Dibandingkan dengan air suam, air isotonik mempunyai perisa yang dapat menggalak atlit agar minum secukupnya.



Ia juga mengandungi bahan penting bagi membantu penambahan mineral yang hilang semasa kegiatan sukan.



Syarikat itu juga menasihatkan orang ramai supaya memastikan mereka tidak kekurangan air.



Ini dapat dilakukan dengan memantau gejala seperti bibir kering, sering berasa haus, kekejangan otot dan rasa lemah.



Jurucakap Yeo's berkata pihaknya berbesar hati dapat menjadi rakan hidrasi Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg dan akan memastikan pemain kekal bertenaga dengan bekalan air dan elektrolit yang mencukupi.



"H-Two-O merupakan penyokong arena sukan bola sepak Singapura buat sekian lama. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyemai minat dan penyertaan dalam sukan itu, kami berbesar hati menyokong Kejohanan Futsal Nasional BH tahun ini," ujarnya.



Tambahnya, sukan seperti futsal boleh dinikmati oleh ramai orang dan semangat ini diharap dapat dilanjutkan kepada penyertaan dalam sukan bola sepak tempatan.



Kejohanan Futsal Nasional BeritaHarian.sg diadakan sekali lagi tahun ini dan mereka yang berminat boleh mendaftar melalui dalam talian di laman http://bh.sg/futsal.




FUTSAL NASIONAL BERITAHARIAN.SG 2016



Tempat: Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), Mattar Road



Tarikh: 3 dan 4 Disember



Kategori:

1. Bawah 12 tahun (U-12)

2. Bawah 15 tahun (U-15)

3. Bawah 18 tahun (U-18)

4. Bawah 35 tahun (U-35)

5. Atas 35 tahun (A-35)

6. Wanita



Bayaran Pendaftaran:

- $96.30 bagi U-12, U-15 dan U-18

- $117.70 bagi U-35, A-35 dan Wanita



Pendaftaran:

- Muat turun borang pendaftaran di laman http://bh.sg/futsal

- Hantar borang yang telah diisi dan borang perlindungan menerusi e-mel kepada alamat 2touchinternational.sg@gmail.com

- Tajuk emel: 'Registration for BH.sg National Futsal Championship 2016'

- Pendaftaran dibuka hingga 20 November



Keterangan lanjut boleh didapatkan di laman http://bh.sg/futsal atau dengan menghubungi pengarah 2Touch International, Encik Khidhir Khamis, melalui talian 9686-1824.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >