Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab eko Mandai dirombak demi pelihara sekitaran

Taman Burung dipindah ke selatan, Taman Hutan Hujan ke utara
Jul 27, 2016 | 05:30 AM



SATU usaha kini dijalankan bagi mengurangkan kesan persekitaran ketika membangun kawasan baru Mandai.



Antara perubahan utama adalah mengalihkan Taman Burung dari bahagian utara ke selatan, yang mempunyai tumbuhan kurang matang.



Selain itu, Taman Hutan Hujan yang baru akan dibina laluan pejalan kaki 'terapung' ('aerial') dan kanopi puncak pokok.



Ia akan dibina di bahagian utara, yang mempunyai pokok matang yang boleh disepadukan dalam taman tersebut, kata Mandai Park Holdings (MPH).



Awalnya, taman itu sepatutnya dibina di bahagian selatan Mandai Lake Road, yang kini lokasi baru Taman Burung.



Plaza ketibaan akan dibahagikan kepada dua lokasi bagi membantu memisahkan dan mengalihkan pengunjung dari kawasan sensitif berdekatan kawasan simpanan semula jadi.



MPH mendedahkan keputusan penilaian kesan persekitaran (EIA) yang dilakukan bagi pembangunan hab eko-pelancongan masa depan Mandai semalam.



Laporan hampir 400 muka surat berkenaan tanah seluas 64 hektar itu disusun oleh firma konsultan antarabangsa Environmental Resources Management, dengan saranan ilmuwan tempatan dan rakan kongsi.



Ia merumuskan bahawa kebanyakan kesan persekitaran berkaitan dengan pembangunan tersebut boleh dikurangkan.



"Kami mahukan kemampanan dan pemuliharaan menjadi keutamaan project Mandai ini," kata ketua eksekutif kumpulan MPH, Encik Mike Barclay.



MPH menambah bahawa semasa pembinaan dan operasi taman itu, akan ada Pelan Perlindungan Kehidupan Liar dan Pelan Pemulihan Hutan untuk mengurangkan kesan ke atas haiwan dan sekitaran.



Penilaian selanjutnya juga akan dilaksanakan bagi memastikan langkah tersebut kekal relevan.



Dalam pada itu, Panel Penasihat Persekitaran, yang merangkumi pakar luar, akan ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan dan memberi nasihat terhadap sebarang ubah suai jika perlu.



Orang ramai boleh membaca laporan EIA di www.mandai.com/eia dan memberi maklum balas mulai sekarang hingga 22 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >