Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab kulinari dilancar kongsi sumber, kurang kos

Oct 01, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH syarikat pengedaran makanan telah melancarkan hab kulinari yang antara lain merangkumi ruang dapur dan gudang untuk membantu pemain industri makanan dan minuman (F&B) berkongsi sumber dan mengurangkan kos overhed.



Bangunan XPACE enam tingkat seluas 22,000 meter persegi di Pandan Loop itu merupakan ibu pejabat bagi kumpulan X-Inc.



Bangunan itu turut menempatkan perusahaan daripada segmen makanan berbungkus istimewa seperti Garrett Popcorn dan The Ice Cream Cookie & Co.



Selain pengedaran makanan, Xpace turut menawarkan ruang dapur bagi proses perkilangan serta kemudahan bagi pembentukan idea dan ujian produk.



Sebagai contoh, ketua eksekutif X-Inc, Cik Nichol Ng, berkata Garrett Popcorn sebelum ini menyumber luar gudangnya.



"Mereka menyimpan barangan yang sudah dibungkus di tempat lain, memasak bertih jagung di dapur dan kemudian mendapatkan (rakan kerja) logistik pihak ketiga untuk menghantar bertih jagung itu ke pelbagai cawangan mereka.



"Di sini, kami yang menguruskan penyimpanan semua bahan mereka. Mereka sediakan bertih jagung itu dan kakitangan kami yang akan menghantar produk itu terus ke cawangan mereka," kata Cik Ng semasa bercakap dengan media di bangunan XPACE semalam.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong yang menghadiri majlis pelancaran XPACE secara dalam talian berkata bahagian penting tugas X-inc adalah bagaimana mereka bekerja dengan pembekal untuk membantu mereka membangunkan dan memasarkan produk mereka.



Menyifatkan model perniagaan mereka sebagai progresif, Encik Gan berkata:



"Kami sedang melihat cara baru mengendalikan perkhidmatan makanan dan (menghasilkan) produk makanan, serta menghasilkan pengalaman baru."



Sebagai sebuah ruang kerjasama, XPACE membolehkan syarikat makanan bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta meneroka usaha kerjasama seperti produk makanan dan perkakas yang mampan, tambahnya.



Oleh itu, terdapat banyak peluang bagi syarikat yang menawarkan khidmat F&B meskipun di tengah-tengah pandemik Covid-19 sekarang atau malah selepas itu pun, ujar Encik Gan.



"Saya rasa model kerjasama ini amat penting bagi industri F&B kita meraih kejayaan," katanya.



X-Inc, yang ditubuhkan pada 2016, merupakan syarikat induk sebuah kumpulan syarikat dalam bidang khidmat makanan dan runcit serta logistik dan hartanah.



X-Inc juga sedang bekerjasama dengan ladang antarabangsa dan setempat untuk mengedarkan hasil mereka sementara membantu mereka menggembleng sumber untuk meraih manfaat daripada penjimatan sumber.



Syarikat itu kini mempunyai lebih 4,500 pelanggan termasuk hotel, restoran dan syarikat penerbangan, dengan menyediakan lebih 7,000 produk.



Cik Ng berkata syarikat itu juga membantu ladang setempat jimat kos dan memudahkan proses mereka.



Misalnya jika terdapat tempahan bagi jumlah kecil sayur, lori X-Inc yang menuju ke arah yang sama boleh bantu dengan penghantaran sayur itu berbanding memerlukan ladang itu mendapatkan khidmat pihak ketiga untuk menghantarnya.



Antara ladang setempat yang bekerjasama dengan X-Inc termasuk ladang ikan Eco-Ark Pusat Kecemerlangan Akuakultur (ACE) serta ladang sayur Livfresh dan Packet Greens.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >