Hab MMO Wisma Geylang Serai dilancar akhir November , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Hab MMO Wisma Geylang Serai dilancar akhir November

Nov 01, 2018 | 08:30 PM

HAB pertubuhan Melayu/Islam (MMO) di Wisma Geylang Serai (WGS), yang merangkumi lapan badan Melayu/Islam, bakal dilancar secara rasmi 30 November ini. 

Hab tersebut, yang diberi nama KURNIA@WGS, akan mula menawarkan khidmat kepada orang ramai mulai 1 Disember. 

KURNIA merupakan akronim bagi Khidmat Untuk Rakyat: Nadi, Inspirasi & Aspirasi, dan bertujuan untuk menyampaikan khidmat lebih lancar kepada masyarakat. 

Hab inklusif itu juga akan memenuhi kepelbagaian keperluan masyarakat dan menjadi pusat sehenti bagi khidmat sepadu yang disesuaikan daripada pelbagai MMO demi memperbaiki kehidupan penduduk.

Lapan badan yang bakal menawarkan khidmat di bawah hab tersebut ialah; Angkatan Karyawan Islam (AMP), Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM),  Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Tabung Amal Aidilfitri (TAA), Muhammadiyah, Persatuan Seni-Budaya Kreatif Melayu (CMAC), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dan Berita Harian sebagai rakan media hab tersebut. 

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Khidmat yang disediakan terbahagi kepada dua kategori iaitu kesejahteraan sosial, merangkumi khidmat seperti permohonan bagi bantuan kewangan dan biasiswa, dan juga seni dan media, di mana program seperti bengkel kemahiran dan pameran seni bakal diadakan. 

Memberikan kemas kini terbaru WGS dalam satu sidang media hari ini, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman berkata bahawa beliau berharap lebih banyak kerjasama antara badan dapat dilaksanakan demi memenuhi keperluan masyarakat. 

"Hab ini berfungsi sebagai pusat sehenti di mana orang ramai tidak perlu bergerak ke sana sini untuk mendapatkan khidmat, dan akan terus diarahkan kepada badan-badan yang relevan. Ia akan mewujudkan khidmat bersepadu yang dibentuk khas demi manfaat masyarakat." 

WGS telah mula dibuka secara beransur sekitar empat bulan lalu dan akan dibuka secara rasmi pada 26 Januari tahun depan.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map