Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab pengangkutan Bedok dibuka

Nov 30, 2014 | 06:14 PM



HAB Pengangkutan Bersepadu Bedok yang menggabungkan pelbagai kemudahan seperti pusat pertukaran bas berhawa dingin, stesen MRT dan tempat membeli-belah membuka pintu kepada orang ramai pagi tadi.


Prasarana yang menelan belanja $23 juta itu mengambil masa hampir tiga tahun untuk dibina.


Berucap di majlis perasmian hab itu, Menteri Pengangkutan, Encik Lui Tuck Yew, berkata prasarana itu menawarkan kemudahan dan keselesaan untuk penduduk.


"Pembinaan hab pengangkutan bersepadu merupakan antara usaha pemerintah mempertingkat pengalaman perjalanan bagi penduduk," kata beliau.


Dengan adanya hab tersebut pengguna pengangkutan awam boleh berpindah dari MRT ke bas atau sebaliknya dengan lebih selesa dalam sekitaran berhawa dingin.


Hab itu merangkumi sebuah pusat pertukaran bas berhawa dingin yang dihubungkan kepada stesen MRT Bedok yang berhampiran serta kemudahan membeli belah Bedok Mall dan prasarana awam lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >