Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands dibuka 13 Jun

May 18, 2021 | 05:30 AM



HAB Pengangkutan Bersepadu (ITH) Woodlands, yang terletak dekat stesen MRT Woodlands di Laluan Utara-Selatan (NSL) dan Laluan Thomson-East Coast (TEL), akan dibuka pada 13 Jun.



Ia ITH ke-11 dan terbesar di Singapura, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan semalam.



Selain terletak dekat dengan stesen MRT, hab itu, yang akan diuruskan oleh SMRT Buses Limited, berdekatan Pusat Pertukaran Bas Sementara Woodlands.



ITH Woodlands menyediakan pelbagai kemudahan inklusif, seperti kawasan naik dan turun bebas halangan dan mudah digunakan penumpang berkerusi roda atau ibu bapa yang menolak kereta sorong.



Tandas bebas halangan, zon beratur bertempat duduk dan tempat menyusukan bayi juga disediakan untuk memenuhi keperluan golongan sukar bergerak, warga emas dan keluarga yang mempunyai anak kecil.



Sebuah bilik penjagaan penumpang juga disediakan bagi penumpang berkeperluan khas yang memerlukan ruang tenang dan senyap.



Selain kemudahan bagi penumpang, ITH Woodlands dilengkapi kemudahan dipertingkat untuk pekerja pengangkutan, termasuk kapten bas.



Ini termasuk kantin kakitangan berhawa dingin, tandas khusus bagi kakitangan, bilik untuk pekerja pembersihan dan ruang rehat bagi kakitangan.



Pusat pertukaran bas itu juga dilengkapi dengan sistem amaran mengundurkan bas yang memaklumkan kapten bas menerusi lampu yang berkelip apabila bas lain berundur dalam kawasan letak bas.



LTA juga berkata mulai 13 Jun, 25 daripada 29 perkhidmatan bas yang sekarang beroperasi dari Pusat Pertukaran Bas Sementara Woodlands akan beroperasi dari ITH Woodlands baru.



Baki empat perkhidmatan - 925/925M, 950, 961/961M dan 965 - akan terus beroperasi dari pusat pertukaran bas sementara itu, yang terletak di sebelah ITH Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >