Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab Pengangkutan Bersepadu Yishun akan dibuka 8 Sep

Aug 07, 2019 | 04:09 PM



HAB pengangkutan bersepadu Yishun akan dibuka 8 September ini.



Kemudahan itu akan menjadi pusat pertukaran bas berhawa dingin yang dihubungkan dengan stesen MRT Yishun dan pusat beli-belah Northpoint City.



Seorang jurucakap Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata kemudahan di pusat itu amat mesra bagi keperluan warga emas, keluarga dengan anak-anak kecil dan mereka yang sukar bergerak.



Majlis Pengangkutan Awam (PTC) juga telah membentuk sebuah zon dikenali sebagai Heart Zone. Ia bertujuan menggalak pengguna membantu pesakt atau pun pelawat yang ke Hospital Khoo Teck Puat dan Hospital Masyarakat Yishun, menurut The Straits Times (ST).



Sebuah bilik diperuntukkan bagi penumpang berkeperluan khas yang memerlukan tempat yang sunyi dan menenangkan. Dengan pembukaan itu pada 8 September, tempat hentian bagi beberapa khidmat bas yang ketika ini beroperasi di pusat pertukaran bas di Yishun akan diubah.



Beberapa lagi hab bersepadu sedang dirancangkan di Beauty World, Bedok South, Hougang, Jurong East, Marina South, Pasir Ris, Tampines North dan Tengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >