Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab perkapalan Singapura dapat rangsangan penting

Mar 29, 2016 | 10:08 AM



STATUS Singapura sebagai hab perkapalan perdana mendapat rangsangan penting dalam persekitaran perdagangan global yang lemah.



Terminal Cosco-PSA, sebuah usaha sama antara gergasi perkapalan China, Cosco Pacific, dan PSA Corp, telah memutuskan mengambil ruang lebih besar di terminal perkapalan baru negara ini, dengan teknologi terkini, di Pasir Panjang.



Syarikat itu telah menempah terminal dua dermaga tetapi kini mempertingkatnya kepada tiga dermaga kontena mega baru kerana menjangka prospek ekonomi semakin meningkat daripada inisiatif perdagangan baru.



Dermaga itu akan memulakan operasi tahun depan dan disepadukan sepenuhnya dengan infrastruktur terbaik PSA.



Perjanjian pelaburan itu ditandatangani pada Isnin (28 Mac) di Shanghai, dengan disaksikan Menteri Negara Kanan (Pejabat Perdana Menteri, Ehwal Luar Negeri dan Pengangkutan), Cik Josephine Teo.



Cik Teo menekankan pentingnya pelaburan itu dengan berkata ia "penting secara strategi kepada kedua-dua rakan kongsi dan juga menunjukkan dengan jelas tentang keyakinan mereka terhadap Singapura sebagai pusat maritim antarabangsa dengan sebuah hab pemunggahan yang terhubung dengan baik".



Cosco Pacific, antara pengendali terminal kontena terbesar di Asia, ialah sebuah unit China Cosco Shipping, iaitu syarikat perkapalan kontena keempat terbesar di dunia.



Cik Teo berkata beliau percaya projek itu akan menyumbang secara positif kepada inisiatif Laluan Sutera Maritim dan visi 'Satu Jaluran, Satu Jalan' China.



Dicadangkan Presiden China, Encik Xi Jinping pada 2013, visi 'Satu Jaluran, Satu Jalan' bertujuan merangsang pembangunan melalui pembinaan jalan, landasan kereta api dan bentuk lain sambungan sepanjang laluan benua dan laluan laut yang menghubungkan 65 negara di tiga benua.



Singapura terletak di laluan laut yang digelar 'Jalan Sutera Maritim Abad Ke-21', yang menghubungkan China dengan rantau Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah dan seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >