Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab poliklinik,rumah jagaan bakal dibina di Jurong

Apr 30, 2019 | 05:28 PM



SEBUAH hab kesihatan baru akan dibina di Jurong yang akan menggabungkan sebuah poliklinik lebih besar dengan sebuah rumah jagaan kesihatan dengan 700 katil yang akan turut menyediakan penjagaan jangka pendek bagi warga tua.



Mengumumkan demikian hari ini, Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Encik Lam Pin Min, berkata langkah itu bertepatan kerana penduduk Jurong lebih tua daripada purata usia penduduk negara.



Menjelang 2025, apabila poliklinik dan rumah jagaan kesihatan baru itu siap, seorang daripada empat penduduk akan berusia lebih 65 tahun.



Untuk memenuhi keperluan mereka, poliklinik baru itu akan mempunyai koridor lebih luas untuk memudahkan akses bagi kerusi roda.



Poliklinik baru itu terletak 150m dari poliklinik yang ada sekarang dan dua setengah kali ganda lebih besar.



Klinik akan dibina untuk rawatan secara berpasukan iaitu pesakit yang menghidap penyakit kronik kompleks dijaga oleh satu pasukan doktor, jururawat dan pengurus jagaan kesihatan.



Rumah jagaan kesihatan itu pula terletak di sebelah Poliklinik Jurong yang baru bagi membolehkan sinergi dan perkongsian perkhidmatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >