Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab riadah baru untuk penduduk Keat Hong dirasmi

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



PENDUDUK Keat Hong kini boleh bersuka ria melakukan kegiatan sukan dan senaman bersama keluarga dan rakan-rakan mereka di sebuah hab sukan dan riadah inklusif baru dipanggil The Arena@Keat Hong yang dibuka secara rasmi semalam.



Terletak bersebelahan Blok 421 Choa Chu Kang Ave 4, hab sukan dan riadah seluas 639 meter persegi itu menampilkan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi penduduk segenap lapisan usia dan keupayaan.



Ini seperti padang futsal, gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar, taman permainan mega, laluan berlari-lari anak dan berjalan sepanjang 400 meter dan ruang senaman orang dewasa dan warga emas.



Hab sukan dan riadah baru itu mempunyai laluan masuk bebas halangan dan tanjakan supaya mudah bagi warga emas dan individu kurang upaya mengunjungi ruang tersebut.



Penduduk juga boleh menikmati kemudahan berteknologi tinggi, seperti tembok bola sepak interaktif dalam padang futsal yang mempunyai panel sensitif terhadap impak untuk memberi maklum balas dan galakan kepada pemain mengenai prestasi mereka.



Acara pembukaan rasmi The Arena@Keat Hong itu dihadiri kesemua Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang - Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, Encik Don Wee, dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.



The Arena@Keat Hong telah dibangunkan sebagai sebahagian daripada Program Pembaharuan Kejiranan (NRP) bagi blok 401 hingga 428 di Choa Chu Kang Avenue 3 dan 4.



NRP ialah sebuah program dibiayai pemerintah yang dilaksanakan majlis bandaran, dengan maklum balas dan saranan penduduk dikumpulkan bagi peningkatan yang dicadangkan dalam kawasan kejiranan.



Sempena acara pembukaan rasmi itu, sukarelawan badan akar umbi Keat Hong telah menganjurkan acara hari sukan Let's Get Sporty semalam yang disertai lebih 10,000 penduduk kawasan itu.



Acara hari sukan itu mempamerkan pelbagai sukan yang inklusif seperti permainan bola keranjang menggunakan kerusi roda dan Runninghour, sebuah acara larian bagi penduduk merasai pengalaman individu kurang upaya.



Encik Zhulkarnain, yang merupakan AP yang berkhidmat bagi kawasan Keat Hong di Chua Chu Kang, berkata beliau rasa gembira melihat sukarelawan dan penduduk mengambil bahagian dalam acara sukan yang diadakan selepas dua tahun acara masyarakat utama dihentikan sementara disebabkan pandemik Covid-19.



"Diharapkan acara Hari Sukan mega ini bersama dengan pelancaran The Arena@Keat Hong akan membantu penduduk kami mempertingkat kesihatan jasmani, kesihatan mental, dan kesejahteraan keseluruhan mereka dengan kemudahan dan kawasan riadah baru yang disediakan bagi kegiatan sukan dan sosial bersama keluarga, rakan dan jiran mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >