Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab Sukan S'pura rai hari pertama di bawah pengurusan baru

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



HAB Sukan Singapura meraikan hari pertamanya di bawah pengurusan baru dengan siri acara dan kegiatan masyarakat yang akan berlangsung sehingga Januari depan.



Hab itu secara rasmi telah diserahkan kepada entiti baru, Kallang Alive Sport Management Co Pte Ltd (KASM), yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Sukan Singapura (SportSG) dan ditubuhkan untuk menguruskan hab itu mulai semalam.



SportSG dalam kenyataannya semalam berkata entiti baru itu mahu menghidupkan visi negara ini bagi Hab Sukan Singapura menjadi sebuah ikon negara dan akan menyediakan akses lebih luas kepada masyarakat melalui program inklusif dan mengembangkan keluasan dan mutu acara bertaraf dunia hab itu.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang merasmikan penyalaan lampu Krismas di OCBC Square di hab itu semalam, melahirkan rasa gembira dalam menyambut bab baru Hab Sukan Singapura bersama masyarakat dan rakan.



"Kemudahan sukan dan gaya hidup ini adalah bagi kita semua di Singapura. Kami akan mengadakan kegiatan dan program di hab ikonik ini, yang akan menyatukan masyarakat bersama.



"Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap pasukan baru yang telah dibentuk, untuk membina asas sedia ada dan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai destinasi pilihan bagi acara antarabangsa utama, dan yang lebih penting, mewujudkan ruang masyarakat lebih bertenaga yang boleh dikenali dan dirasai rakyat Singapura," kata beliau.



Sehingga Januari depan, orang ramai boleh menyertai pelbagai kegiatan dan program, seperti acara tarian K-Pop Random Play Dance!, lompat tali dan persembahan muzik.



Sempena musim Piala Dunia ini, peminat bola sepak boleh mengambil peluang melihat Al Rihla - bola perlawanan rasmi FIFA World Cup Qatar 2022 - di pameran "adidas Fifa World Cup official match ball: Journey Through Time" di Muzium Sukan Singapura.



Hari ini dan esok, orang ramai yang mengunjungi hab itu juga boleh bergambar dengan bola perlawanan rasmi Al Rihla gergasi yang setinggi dua meter dan seberat 280 kilogram.



Pengerusi KASM, Encik Keith Magnus, berkata Hab Sukan Singapura merupakan bahagian penting dalam pelan induk Kallang Alive, dan pemerintah telah memberikan visi berani bagi kawasan Kallang Alive menjadi destinasi sukan, hiburan dan gaya hidup terulung di rantau ini, dan secara kritikal juga, sebahagian daripada fabrik nasional dan hati rakyat Singapura.



"Saya teruja tentang pasukan yang kami sedang bina untuk melaksanakan visi dan peluang besar yang menanti Kallang Alive. Kami berharap dapat bekerja rapat dengan rakan kongsi kami untuk menjadikan ini destinasi yang benar-benar luar biasa untuk semua rakyat Singapura, penduduk dan pengunjung," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >