Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Habuan dihulur bagi golongan memerlukan sempena CNY

Jan 23, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN kurang berkemampuan, warga tua dan kurang upaya mendapat manfaat daripada bermacam-macam program bantuan yang dijalankan pelbagai pertubuhan setempat di beberapa kawasan negara ini semalam.



Selain mengagihkan habuan makanan, ada juga sukarelawan mengadakan kelas seni kaligrafi, membersihkan dan mengecat semula rumah-rumah golongan yang memerlukan - kesemuanya sempena menyemarakkan suasana perayaan Tahun Baru Cina (CNY).



Rata-rata, penghargaan dan kegembiraan diluahkan oleh penerima bantuan yang menerima pertolongan ini.



Antaranya adalah Cik Hasnah Mohamed Maideen, 59 tahun, benefisiari untuk Project Refresh yang diterajui oleh Young NTUC, dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East yang telah membersihkan 23 rumah golongan keluarga yang memerlukan di Tampines dan Pasir Ris.



Beliau berkata projek ini satu bantuan yang baik, terutama untuk warga emas.



Cik Hasnah tinggal bersama kakaknya, Cik Fatimah Mohamed Jamaludin, 75 tahun, yang berkerusi roda dan mengalami demensia



"Dengan bantuan relawan untuk mengemaskan flat, ia memberi lebih ruang untuk saya dan kakak bergerak.



"Kini rumah kami juga lebih bersih dan cerah," ujarnya yang sangat berterima kasih dengan bantuan yang diterima dan meluahkan bahawa itu juga adalah kali pertama rumahnya dicat semula sejak mereka pindah ke rumah itu sekitar 10 tahun lalu.



Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol dan penasihat akar umbi kawasan itu, Encik Sharael Taha berkata bahawa Project Refresh adalah inisiatif untuk membawa perubahan dan menawarkan bantuan kepada benefisiari.



"Kami ingin membantu menggembirakan dan membawa perubahan untuk warga emas yang tinggal bersendirian ataupun golongan keluarga yang kurang berkemampuan supaya dapat memperbaiki kehidupan mereka," kata beliau.



Bagi acara amal di kawasan barat laut pula, CDC Central Singapore bersama syarikat Surbana Jurong telah mengagihkan 500 pek untuk keluarga yang tinggal di flat sewa di Redhill.



Penerima, Cik Suzana Kalarudin, 54 tahun bersyukur akan pek yang diberi.



"Pek penjagaan perayaan Tahun Baru Cina ini mengandungi barangan yang boleh saya gunakan atau makan. Saya berterima kasih kepada CDC dan penaja kerana sentiasa menjaga kami di flat sewa," ujar pekerja pembersihan sambilan itu.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Surbana Jurong, Encik Wong Heang Fine, berkata syarikatnya berbesar hati untuk menyokong inisiatif demikian.



"Kami menyasarkan untuk mendapat 100 ikrar pek penjagaan dan berjaya menjana hampir 500 ikrar.



"Ramai kakitangan kami juga berminat menjadi sukarelawan pada bila-bila masa yang mereka boleh dan mengambil peluang membantu membungkus dan mengedar pek penjagaan kepada penduduk," kata Encik Wong.



Antara relawan yang telah tampil membantu ialah Encik Bakthavatchalam Narendrakumar.



Beliau berkata bahawa menjadi relawan amat bermakna baginya kerana ia salah satu cara menyumbang mula kepada masyarakat.



"Menjadi relawan membolehkan saya menjalani kehidupan yang aktif dan kehidupan sosial yang bermakna."




"Pek penjagaan perayaan Tahun Baru Cina ini mengandungi barangan yang boleh saya gunakan atau makan. Saya berterima kasih kepada CDC dan penaja kerana sentiasa menjaga kami di flat sewa."
- Cik Suzana Kalarudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >