Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Habuan Ramadan dari FairPrice kepada Mendaki

Apr 13, 2021 | 05:30 AM



PASAR raya NTUC FairPrice (FairPrice) mengumumkan bahawa mereka telah memperluaskan rangkaian tawaran produk halal sejak 12 bulan lalu, di FairPrice Woodlands Civic Centre semalam.



Dalam pada itu, FairPrice juga memulakan program tahunan pengagihan habuan makanan pada Ramadan ini.



Acara pengagihan habuan itu dirasmikan oleh Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad, yang telah membantu memasukkan barang-barang habuan ke dalam troli untuk diberikan kepada benefisiari hari ini.



FairPrice akan menyediakan sebanyak 100 pek habuan makanan kepada Yayasan Mendaki, serta dana $20,000 untuk menyokong kos pelajaran kanak-kanak daripada golongan keluarga yang kurang berkemampuan.



Pek habuan makanan itu bernilai sekitar $60 dan merangkumi beras, minyak masak, mi (bihun dan mi segera), minuman, biskut kering dan troli.



"Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FairPrice, rakan kongsi Mendaki, kerana telah memberi sokongan dana kepada keluarga yang berpendapatan rendah.



"Selain itu, kini lebih 25 peratus produk halal boleh didapati di FairPrice berbanding tahun lalu. Ini bermakna masyarakat Melayu di Singapura lebih progresif kerana menginginkan pelbagai makanan daripada serata dunia yang halal sebagai contoh, sayur kimchi dari Korea," ujar Encik Zaqy.



Sebanyak 1,500 produk bersijil halal ditambah ke inventori FairPrice menjadikan hampir 7,200 aneka produk dari Australia, Brazil, Italy dan banyak lagi yang tersedia bagi masyarakat Muslim di Singapura.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng, mereka ingin menyambut Ramadan bersama pelanggan Muslim, sama seperti apa yang dilakukan sejak 12 tahun lalu.



FairPrice akan memberi minuman dan kurma kepada pelanggan Muslim pada 13 April hingga 12 Mei, 30 minit sebelum dan selepas waktu berbuka puasa.



Inisiatif ini akan dilaksanakan di 60 kedai FairPrice berbanding 58 sahaja tahun lepas.



"Kami ingin memenuhi keperluan dan kemahuan pelanggan Muslim. Mereka meminta lebih produk, dan kami mendengar. Saya harap ini berita baik bagi mereka," ujar Encik Seah.



CEO Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, pula berkata sumbangan FairPrice yang berterusan selama bertahun-tahun telah memainkan peranan penting dalam membantu membiayai program dan inisiatif masyarakat Melayu.



"Sumbangan ini akan membantu pelajar dan belia kita dengan keperluan pendidikan mereka terutama ketika menghadapi masa yang mencabar ini," katanya.



Antara pelanggan yang sibuk membeli barangan dapur untuk menyediakan stok buka puasa ialah Cik Sharifah Maziah Said Perbila, 33 tahun.



"Saya gembira dengan perluasan produk halal kini dan saya juga membeli pes cili pedas gojuchang dari Korea untuk membuat hidangan bibimbap. Dulu saya perasan ia tidak halal, tetapi selepas mendapat tahu boleh dapat yang halal di Fairprice, saya gembira dan membelinya," ujar jururawat itu.



Seorang lagi pelanggan yang sering ke pasaraya NTUC Fairprice ialah Cik Sukimi Mijan, 65 tahun.



"Sekarang sudah banyak yang halal! Saya turut gembira kerana tidak perlu pergi ke kedai lain yang lebih jauh kerana FairPrice kini sudah menyediakannya.



"Terdapat banyak pilihan jenama sekarang, saya suka membeli roti naan segera atau makanan beku segera yang lain kerana senang menyiapkannya terutama pada Ramadan ini," ujar suri rumah tiga anak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >