SEKITAR RAMADAN
Habuan Raya bagi 170 penduduk kurang bernasib baik di Marsiling
Jun 14, 2016 | 05:30 AM
SAMBUTAN Ramadan dan Hari Raya lebih gembira bagi 170 penduduk Marsiling dan keluarga mereka yang kurang bernasib baik setelah menerima habuan dalam satu acara kelmarin.
Acara Iftar dan Habuan Hari Raya Marsiling 2016 itu, anjuran Jawatankuasa Kebajikan Jawatankuasa Rundingan Rakyat (CCC) Marsiling, diadakan di Kelab Masyarakat Marsiling.