Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Habuan Raya bagi penghuni flat sewa

Apr 25, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 200 pek habuan makanan dan lauk Hari Raya diagihkan kepada penghuni flat sewa di Blok 447A Bukit Batok West Avenue 9 pada 21 April, iaitu petang Aidilfitri, bagi membawa keceriaan kepada mereka.



Usaha itu sebahagian daripada inisiatif CarbootSG, yang disokong oleh Yayasan Temasek dan dianjurkan dengan kerjasama Project Goodwill Aid.



Melibatkan lebih sekitar 100 sukarelawan, CarbootSG bertujuan menyumbang keperluan harian serta juadah dan pakaian baru bagi Hari Raya.



Pek habuan makanan yang diagih mengandungi barang makanan seperti beras, minyak, gula, biskut dan mi serta barang keperluan lain.



Sempena Lebaran, benefisiari juga menerima lauk-pauk Hari Raya seperti lontong, sayur lodeh, sambal goreng pengantin, ayam masak merah dan serunding.



Selain itu, 60 kanak-kanak menerima pakaian Hari Raya baru dua minggu lalu.



Kanak-kanak daripada keluarga yang dikenal pasti itu dibawa ke Joo Chiat Complex untuk membeli baju kurung supaya mereka dapat menikmati suasana Lebaran seperti rakan sebaya mereka.



Naib pengerusi CarbootSG, Cik Siti Nurani Salim, berkata beliau gembira dapat membawa keceriaan kepada golongan memerlukan melalui pek habuan tersebut dengan pemansuhan sekatan Covid-19.



"Senyuman yang terukir di muka kanak-kanak yang kita bantu itu terus memberi kami semangat untuk menghulur bantuan," katanya.



Beliau, yang juga pengasas Project Goodwill Aid, menambah bahawa inisiatif itu dapat dijalankan sokongan Yayasan Temasek.



"Tahun ini memang mencabar untuk mendapatkan dana dan tajaan, terutamanya kerana keadaan ekonomi yang kurang baik.



"Namun, dengan sokongan Yayasan Temasek kami dapat meneruskan usaha kami membantu mereka yang memerlukan sempena Hari Raya ini," kata Cik Siti Nurani.



CarbootSG mengagih habuan barang runcit sepanjang tahun sejak permulaan pandemik Covid-19 pada 2021. Kira-kira 500 hingga 600 individu mendapat manfaat daripada inisiatif itu sepanjang dua tahun lepas.



Memahami kesukaran yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah lebih-lebih lagi menjelang Lebaran, CarbootSG menjalankan usaha itu di beberapa tempat di Singapura.



Ini termasuk Telok Blangah, Boon Lay, Bukit Batok, Chua Chu Kang dan Jurong.




"Tahun ini memang mencabar untuk mendapatkan dana dan tajaan, terutamanya kerana keadaan ekonomi yang kurang baik. Namun, dengan sokongan Yayasan Temasek kami dapat meneruskan usaha kami membantu mereka yang memerlukan sempena Hari Raya ini."



- Naib pengerusi CarbootSG, Cik Siti Nurani Salim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >