Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Habuan 'Semanis Syawal' di ambang Raya

May 18, 2019 | 01:50 PM



BERTUJUAN membantu penerima zakat yang tinggal di kawasan Stirling Road, Masjid Mujahidin telah mengadakan projek Semanis Syawal pagi tadi (Sabtu, 18 Mei).



Diadakan buat kali ketujuh tahun ini, projek tersebut mengagihkan habuan makanan kering, biskut Hari Raya dan wang tunai untuk perbelanjaan mereka.



Selain itu, para penerima zakat itu juga berpeluang memilih pakaian baju kurung terpakai bagi anggota keluarga mereka.



Ini dapat dilakukan hasil kerjasama dengan kumpulan Gift-A-Kurung.



Menerangkan lebih lanjut tentang projek tersebut, Ketua Madrasah Masjid Mujahidin, Cik Nurul Nafiah Suwanda, berkata tahun ini seramai 149 penerima bantuan hadir untuk projek tersebut.



“Para penerima merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan Stirling Road, dan terdiri daripada warga emas, mereka yang berpenyakit krinik, dan berpendapatan rendah.



“Harapan kami mereka dapat memanfaatkan baju kurung yang dipilih mereka sempena Syawal akan datang,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >