Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MINGGU BERAMAL: BERMULA DI PERINGKAT AKAR UMBI

Habuan unik bagi keluarga flat sewa di Marine Terrace

Projek amal syarikat kejuruteraan turut libatkan kakitangan asing yang bantu bersihkan lapan unit rumah
Dec 18, 2018 | 05:30 AM



SERAMAI 400 keluarga yang tinggal di flat sewa Marine Terrace baru-baru ini menerima habuan unik daripada sebuah syarikat kejuruteraan setempat.



Jika golongan memerlukan biasanya menerima barangan runcit dan makanan, penduduk di Marine Parade itu pula menerima produk pembersihan seperti span, sabun tandas dan sabun mencuci pinggan.



Habuan itu diagihkan kakitangan syarikat GL Engineering & Construction (GL E&C), termasuk pekerja asing, yang terlibat dalam projek amal syarikat itu pada Ahad lalu.



Selain mengunjungi 400 rumah untuk mengagihkan habuan, kakitangan syarikat itu juga membersihkan lapan unit rumah serta mendermakan 10 kerusi roda dan 10 kipas kepada penduduk yang paling memerlukan.



Secara keseluruhannya, syarikat itu membelanjakan $12,000 bagi projek amal tersebut.



Pengarah eksekutif GL E&C, Encik Raymond Gan, berkata syarikat itu memutuskan untuk memberikan produk pembersihan setelah mendapatkan nasihat rakan kerja mereka bagi projek amal itu - Jawatankuasa Penduduk Marine Terrace Breeze (MTBRC) dan rangkaian masyarakat WeCare@Marine Parade.



"Kami difahamkan banyak syarikat dan pertubuhan yang memberi makanan. Tetapi ada keluarga yang memerlukan produk pembersihan dan mereka perlu membelinya.



"Daripada kami memberikan makanan yang penduduk tidak suka, lebih baik kami memberikan sesuatu yang berguna untuk mereka," kata Encik Gan.



Pengarah pengurusan GL E&C, Encik Lim Sing Tian, berkata pihaknya ingin menganjurkan projek yang bermakna sempena ulang tahun syarikat itu yang kelima.



"Ada pekerja asing kami yang sudah bekerja lama dengan kami. Kami ingin mereka memahami bagaimana golongan kurang berpendapatan rendah tinggal di Singapura.



"Apabila mereka pergi dari rumah ke rumah, mereka dapat melihat sendiri kesusahan yang dialami golongan itu," ujar Encik Lim.



Seramai 60 kakitangan syarikat itu, termasuk pekerja asing, telah turun padang ke Blok 15 dan Blok 16 Marine Terrace untuk mengagihkan habuan kepada golongan memerlukan.



Pekerja dari Bangladesh, Syed Hasanuzzaman Omit, berkata beliau gembira dapat terlibat dalam projek amal tersebut.



"Acara ini beri kami peluang berjumpa dengan warga Singapura, bukan untuk tujuan kerja, tetapi dengan tujuan sosial untuk membantu orang ramai," kata Encik Omit.



Antara penduduk yang menerima habuan itu semalam ialah Cik Fatimah Mohd Saat, 70 tahun.



"Apa pun yang mereka berikan, saya amat berterima kasih," kata Cik Fatimah, yang berkerusi roda.



Setelah diserang angin ahmar, anak Cik Fatimah, Encik Abdul Rahim Abdul Hamid, 29 tahun, yang bertanggungjawab membantu membersihkan flat keluarga itu.




"Kami difahamkan banyak syarikat dan pertubuhan yang memberi makanan. Tetapi ada keluarga yang memerlukan produk pembersihan dan mereka perlu membelinya. Daripada kami memberikan makanan yang penduduk tidak suka, lebih baik kami memberikan sesuatu yang berguna untuk mereka."
- Pengarah eksekutif GL Engineering & Construction, Encik Raymond Gan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >