Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: PAKEJ JAMINAN GST $6.6 BILION

Habuan untuk sekitar 2.8j warga SG

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 2.8 juta warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas akan menerima bayaran wang tunai antara $700 dengan $1,600 sepanjang lima tahun dari 2022 hingga 2026, dengan bayarannya bermula Disember tahun ini.



Jumlah yang diterima setiap tahun ialah antara $100 dengan $400, bergantung pada pendapatan dinilai, jumlah hartanah yang dimiliki, dan bayaran pada tahun itu.



Ini sebagai sebahagian daripada Pakej Jaminan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak $6.6 bilion untuk membantu warga Singapura mengatasi kesan kenaikan GST.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam mengumumkan kadar cukai GST akan meningkat daripada 7 peratus kepada 9 peratus dalam dua tahap - satu peratusan mata setiap kali pada 1 Januari 2023 dan 1 Januari 2024.



Beliau juga mengumumkan tokokan $640 juta kepada sebanyak $6 bilion bagi Pakej Jaminan yang diumum sebelum ini.



Di bawah pakej itu juga, warga berusia 55 tahun dan ke atas yang layak pula akan menerima tambahan wang tunai dalam bentuk Baucar GST (GSTV) - Tunai (Bonus Warga Emas) $600 hingga $900 dalam tempoh tiga tahun dari 2023 hingga 2025.



Jumlah yang diterima setiap tahun ialah antara $200 dengan $300 bergantung pada usia, pendapatan dinilai, serta nilai tahunan rumah.



Warga emas yang memiliki lebih daripada satu hartanah tidak layak bagi skim GSTV-Tunai Bonus Warga Emas ini.



Sekitar 850,000 warga emas berpendapatan rendah akan layak menerima baucar tersebut.



Di bawah Pakej Jaminan itu lagi, semua isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang layak akan menerima tambahan Rebat GSTV-U Save sebanyak $330 hingga $570 bagi tempoh empat tahun dari 2023 hingga 2026 bergantung jenis flat.



Ini adalah tambahan kepada rebat GSTV-U-Save biasa di bawah skim GSTV.



Rebat tambahan itu akan dibayar bersama rebat biasa yang diberikan.



Setiap tahun, rebat tambahan yang diberikan ialah $55 hingga $190, sebagai tambahan kepada rebat biasa $220 hingga $380 setiap tahun.



Isi rumah yang memiliki lebih daripada satu hartanah tidak akan layak bagi rebat ini.



Isi rumah yang layak pula akan menerima GSTV-U-Save pada April, Julai, Oktober dan Januari.



Di samping itu, warga Singapura berusia 20 tahun dan ke bawah, atau 55 tahun dan ke atas, akan menerima tokokan Medisave sebanyak $150 setiap tahun dari 2023 hingga 2025.



Ini akan memberi manfaat kepada sekitar dua juta kanak-kanak dan warga emas.



Dalam pada itu, setiap isi rumah juga akan menerima baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) sebanyak $200 pada 2023, dan sebanyak $200 pada 2024.



Baucar itu boleh digunakan di kedai kejiranan dan pusat penjaja, serta pasar raya utama.



Sebagai tambahan kepada sokongan peralihan menerusi Pakej Jaminan, skim GSTV tetap juga akan dipertingkat, dengan meninggikan bayaran wang tunai, menaikkan had pendapatan, serta menjadikan rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) satu komponen tetap.



"Kededua Pakej Jaminan dan Skim GSTV Tetap Dipertingkat akan dilaksana bersama sebelum kenaikan kadar GST, agar warga Singapura boleh meraih manfaat daripada kededua skim pada masa yang sama.



"Isi rumah pendapatan rendah, khususnya, akan dijaga dengan baik. Selain menangani kenaikan GST dengan Pakej Jaminan, GSTV yang tetap memastikan mereka akan menerima sokongan ketara secara berterusan.



"Sebab itulah kenaikan GST tidak akan menjejas isi rumah pendapatan rendah - bagi mereka, kesan kenaikan GST akan diatasi," ujar Encik Wong.



Katanya lagi, setiap dolar yang dikumpul pemerintah disalur kembali kepada pembayar cukai menerusi pelbagai cara, termasuk bayaran bagi warga emas, pekerja pendapatan rendah, subsidi penjagaan kesihatan, subsidi penjagaan kanak-kanak dan pendidikan bermutu.



"Tetapi apabila tiba masanya untuk membiayai pelbagai faedah ini, kita tidak harus lari daripada tanggungjawab kita," ujar Encik Wong.





"Tiada orang yang suka bercakap tentang cukai. Tetapi tiada huraian yang mudah.

Akhirnya, setiap keperluan harus dibayar oleh seseorang - setiap dolar yang tidak dibayar oleh seseorang harus dibayar oleh orang lain, hari ini atau pada masa depan.

Tetapi apa yang boleh dilakukan dan sentiasa dilakukan adalah memastikan kita mempunyai sistem yang adil dan progresif di Singapura."

- Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.





$6.6b

Pakej Jaminan GST



  • Bayaran tunai $700-$1,600 bagi warga 21 tahun dan ke atas sepanjang 5 tahun

  • Tambahan Rebat GST-U Save $330-$570 bagi isi rumah layak sepanjang empat tahun

  • Baucar GST Bonus Warga Emas $600-$900 tunai bagi warga 55 tahun dan ke atas sepanjang tiga tahun

  • Baucar CDC $400 bagi 2023 dan 2024 untuk digunakan di kedai kejiranan

  • Tokokan Medisave $450 sepanjang tiga tahun bagi warga 20 tahun ke bawah serta 55 tahun dan ke atas

  • Tambahan $15 juta untuk majlis bandaran tampung kenaikan GST bagi bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC)

  • Tokokan $5 juta sepanjang lima tahun bagi Dana ComCare Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC)

  • $12 juta sepanjang empat tahun untuk Kumpulan Bantu Diri




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >