Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Had 50% tiket bas, penerbangan VTL ke SG dikekal

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



HAD 50 peratus yang diletakkan bagi tiket bas dan penerbangan untuk memasuki Singapura di bawah skim Laluan Perjalanan bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dikekalkan buat masa ini, sedang kes Covid-19 yang diimport kini membentuk perkadaran yang semakin mengecil berbanding keseluruhan kes di sini.



Tetapi rejim ujian VTL akan dipermudahkan, dengan mereka yang memasuki negara ini melalui udara dan darat mulai Isnin ini tidak lagi perlu melakukan ujian pantas antigen (ART) setiap hari.



Sebaliknya, mereka hanya perlu melakukan ujian itu pada hari mereka mahu keluar.



Mereka juga tidak lagi dikehendaki menghantar keputusan ART mereka melalui pautan yang diberikan kepada mereka, dan hanya perlu memastikan yang mereka negatif Covid-19 sebelum keluar daripada tempat penginapan mereka.



Pengunjung juga tidak perlu ke pusat ujian untuk menjalani ART yang dipantau pada hari ketiga dan ketujuh selepas ketibaan.



Pengumuman oleh Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) dalam satu sidang media semalam itu menamatkan rejim ujian harian ketat untuk pengunjung VTL yang telah dilaksanakan sejak 6 Disember lalu, dan yang telah membantu pihak berkuasa mengesan lebih 700 kes Omicron yang diimport setakat ini.



MTF berkata sudah tiba masanya meringkaskan rejim ujian VTL dengan kes Omicron masyarakat kini mengatasi kes yang diimport, beban virus lebih rendah bagi varian Omicron kini jelas, dan lebih ramai penduduk telah menerima suntikan penggalak mereka.



"Ini akan membolehkan kami menumpukan sumber pengujian kami kepada masyarakat sebagai persediaan menghadapi peningkatan yang dijangkakan dalam bilangan kes," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang juga pengerusi bersama MTF.



Ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) semasa ketibaan (PCR) bagi mereka yang melakukan perjalanan melalui udara dan ART semasa ketibaan bagi mereka yang melintasi Koswe dikekalkan.



Sementara itu, Reuters melaporkan Malaysia telah menyambung semula penjualan tiket untuk perjalanan udara dan darat di bawah program VTL dengan Singapura yang telah digantung hingga kelmarin atas kebimbangan varian Omicron, kata kementerian kesihatan negara itu semalam.



Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, dalam satu kenyataan berkata, penyambungan semula penjualan tiket itu menyusuli penilaian risiko terhadap situasi Covid-19 semasa di kedua-dua negara.



Malaysia bagaimanapun akan mengurangkan kuota tiket sebanyak separuh untuk perjalanan udara dan darat.



Penambahan kuota tiket akan berdasarkan penilaian risiko dari semasa ke semasa terhadap situasi Covid-19 di kedua-dua negara, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >