Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Had 8 pengunjung ke rumah mulai 26 Jan

Jan 22, 2021 | 07:04 PM



SETIAP isi rumah akan dapat menerima hingga lapan pengunjung mulai Selasa (26 Jan), kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong pada Jumaat, menurut laporan The Straits Times.



Individu juga harus mengehadkan diri dengan mengunjungi paling banyak dua isi rumah lain dalam sehari, seberapa mungkin.


Semasa musim Tahun Baru Cina, orang ramai harus mengunjungi anggota keluarga sahaja, tambahnya.


Langkah yang diperketat itu diumumkan sedang kes Covid-19 dalam masyarakat meningkat selepas perayaan hujung tahun.


Sedang orang ramai dibenarkan berkumpul di luar dalam kumpulan hingga lapan orang, Encik Wong, yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19, menekankan warga Singapura harus memastikan kumpulan sosial mereka kekal kecil.


Beliau juga mengingatkan mereka yang menjamu selera bahawa pelitup muka mesti dipakai apabila tidak makan atau minum, dan suara tidak harus dikuatkan pada bila-bila masa.


Ini bermakna pelitup muka mesti dipakai ketika melambung 'yusheng', dan tiada laungan kata-kata bertuah seperti yang biasa dilakukan semasa sambutan Tahun Baru Cina. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >