Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Had Akaun Medisave dinaikkan kepada $63,000 bagi pencarum bawah 65 tahun

CPF
Nov 28, 2020 | 05:30 AM



MULAI 1 Januari depan, Jumlah Jagaan Kesihatan Asas (BHS) akan dinaikkan daripada $60,000 kepada $63,000 bagi pencarum berusia di bawah 65 tahun.



Bagi yang mencapai usia 65 tahun pada 2021, BHS mereka akan ditetapkan pada $63,000, yang tidak akan berubah selepas itu, menurut satu kenyataan bersama Tabung Simpanan Pekerja (CPF), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



BHS adalah simpanan yang dianggarkan diperlukan dalam Akaun Medisave (MA) bagi keperluan jagaan kesihatan bersubsidi asas pada usia senja.



Ia disesuaikan setiap tahun bagi pencarum berusia di bawah 65 tahun, bagi mengikuti pertumbuhan dalam pengeluaran dana Medisave mereka.



Setelah pencarum mencapai usia 65 tahun, BHS akan ditetapkan untuk baki hayat mereka, jelas kenyataan itu.



BHS merupakan had bagi MA dan sumbangan pencarum yang melebihi BHS akan secara automatik dipindahkan ke akaun lain CPF mereka.



Menurut kenyataan itu, jumlah BHS lebih tinggi itu akan membolehkan lebih banyak simpanan dalam MA pencarum keperluan jagaan kesihatan mereka.



Pencarum CPF tidak perlu menokok MA mereka jika mereka mempunyai kurang daripada jumlah BHS.



Keterangan lebih lanjut mengenai BHS bagi kohort masing-masing boleh didapati di laman cpf.gov.sg/BHS.



Dalam pada itu, kenyataan itu berkata pencarum berusia di bawah 55 tahun akan terus menikmati kadar faedah hingga 3.5 peratus setahun bagi Akaun Biasa (OA) pada suku pertama tahun depan.



Bagi Akaun Khas dan Medisave (SMA), mereka boleh menerima kadar faedah hingga 5 peratus pada suku pertama tahun depan.



Kadar faedah ini termasuk tambahan 1 peratus faedah yang dibayar bagi jumlah baki bergabung $60,000 pertama (dibataskan pada $20,000 untuk OA).



Menurut kenyataan itu, bagi pencarum berusia 55 tahun ke atas, pemerintah akan membayar tambahan 2 peratus faedah bagi baki gabungan $30,000 pertama (dibataskan pada $20,000 untuk OA) serta tambahan 1 peratus bagi $30,000 seterusnya.



"Hasilnya, pencarum berusia 55 tahun ke atas akan menikmati kadar faedah hingga 6 peratus setahun bagi baki persaraan mereka.



"Faedah tambahan yang dibayar kepada pencarum CPF sebahagian daripada usaha pemerintah merangsang simpanan persaraan untuk anggota pencarum CPF," ujar kenyataan itu.



Faedah tambahan yang diterima untuk OA akan dimasukkan ke Akaun Khas (SA) atau Akaun Persaraan (RA).



Sekiranya seorang pencarum berusia 55 tahun ke atas menyertai Skim CPF Life, faedah tambahan itu akan tetap diraih daripada baki gabungan mereka, yang termasuk simpanan untuk CPF Life.



Sementara itu, kadar faedah bagi OA akan dikekalkan pada 2.5 peratus setahun dari 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021.



Sejajar dengan itu, kadar faedah konsesi bagi pinjaman rumah HDB, yang ditetapkan 0.1 peratus melebihi kadar faedah OA, akan kekal tidak berubah pada 2.6 peratus setahun, daripada 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021, tambah kenyataan itu.



Kadar faedah CPF & Jumlah Jagaan Kesihatan Asas 1 Jan - 31 Mac 2021



Jumlah Jagaan Kesihatan Asas (BHS)



- dinaikkan daripada $60,000 kepada $63,000 bagi pencarum berusia di bawah 65 tahun



- ditetapkan $63,000, yang tidak akan berubah selepas itu, bagi mereka yang mencapai usia 65 tahun pada 2021



Kadar Faedah CPF



- Akaun Biasa (OA): 2.5% setahun



- Akaun Khas dan Medisave (SMA): 4% setahun



- Akaun Persaraan (RA): 4% setahun



Kadar faedah konsesi bagi pinjaman rumah HDB



- tidak berubah, 2.6% setahun




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >