Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Had bahan serbuk jejas penumpang lebih 30 penerbangan dari dan ke Singapura

Jul 06, 2018 | 01:28 PM



ORANG ramai yang menaiki penerbangan dari dan ke Singapura kini perlu mengambil kira had bahan serbuk baru yang diperkenalkan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand mulai 30 Jun lalu.



Mereka yang terjejas termasuk penumpang lebih 30 penerbangan sehari dari dan menuju ke Singapura.



Had bahan serbuk itu dipercayai diperkenalkan menyusuli satu rancangan untuk mengebom sebuah pesawat Etihad Airways dari Sydney ke Abu Dhabi tahun lalu, yang berjaya dipatahkan pihak berkuasa.



Had itu dikenakan pada semua penerbangan menuju ke Amerika Syarikat, serta dari Australia dan New Zealand menuju ke Singapura.



Penumpang penerbangan terbabit tidak dibenarkan membawa lebih 350ml serbuk tidak organik termasuk garam, bedak atau pasir dalam bagasi tangan mereka.



Sementara had itu tidak dikenakan pada serbuk organik termasuk makanan dalam bentuk serbuk dan susu formula bayi, barangan itu perlu ditunjukkan kepada pegawai semasa pemeriksaan keselamatan.



Di laman webnya, Singapore Airlines (SIA) turut menasihatkan penumpangnya agar memasukkan bahan serbuk itu dalam beg yang ditutup dengan baik, seperti yang dilakukan bagi membawa cecair, aerosol dan gel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >