Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Had bilangan hadirin di majlis perkahwinan, upacara pengebumian dilonggarkan mulai 4 Ogos

Jul 31, 2020 | 12:04 AM



PASUKAN Bertindak Berbilang Kementerian akan melonggarkan sekatan jumlah hadirin bagi dua acara penting dalam masyarakat - majlis perkahwinan dan upacara pengebumian mulai 4 Ogos ini.



Dalam kenyataannya pada Khamis malam (30 Julai), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata bilangan tetamu yang menghadiri majlis pernikahan dan majlis jemputan akan ditambah daripada sehingga 20 orang kepada sehingga 50 orang (termasuk pasangan pengantin, tetapi tidak termasuk kadi dan penyedia khidmat majlis perkahwinan) bergantung pada tampungan lokasi majlis diadakan sejajar dengan peraturan keselamatan.



Undang-undang ini diperkenalkan bagi ruang ibadah seperti masjid, ruang awam seperti kolong blok dan lokasi luar lain.



Bagaimanapun pernikahan di rumah, Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) dan beberapa ruang khusus di Muzium Negara masih lagi dihadkan pada bilangan sehingga 10 orang sahaja kerana ruang kecilnya.



Satu langkah perintis juga akan diperkenalkan di mana jemputan kahwin dengan sajian makanan dan minuman dibenarkan buat sehingga 50 tetamu (termasuk pasangan pengantin) bagi keseluruhan acara di beberapa lokasi seperti restoran dan hotel yang membenarkan makanan dan minuman.



Menerusi langkah ini, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian itu akan menilai keupayaan penganjur dan pemilik lokasi mengamalkan peraturan pengurusan keselamatan yang sewajarnya.



Dalam pada itu, bagi membolehkan lebih ramai anggota keluarga dan teman-teman melawat jenazah pada majlis pengebumian, had sehingga 20 orang akan ditambah kepada sehingga 30 orang pada satu-satu masa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >