Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK PERUBAHAN IKLIM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Had penghangatan dapat bantu elak kesan lebih teruk

Sasaran Singapura sekarang untuk pengeluarannya terus meningkat sehingga 2030, manakala PBB sarankan batasan
Nov 15, 2021 | 05:30 AM



PARA saintis iklim telah menunjukkan bahawa had batasan itu akan membantu dunia mengelak daripada kesan iklim yang lebih teruk.



Sasaran Singapura sekarang ialah untuk pengeluarannya terus meningkat sehingga 2030, apabila ia mencapai puncaknya sebelum ia merosot.



Tetapi PBB telah menyarankan agar dunia dapat membataskan penghangatan kepada sasaran 1.5 darjah Celsius, kadar pengeluaran perlu dikurangkan separuh menjelang 2030 dan mencapai kadar sifar, pada 2050.



Semakan semula ikrar iklim nasional 2022, adalah sebahagian daripada perjanjian yang dipersetujui oleh hampir 200 negara, termasuk Singapura kelmarin bagi mempergiatkan usaha mengelak perubahan iklim yang merbahaya.



Perjanjian itu, yang dipanggil Perjanjian Iklim Glasgow, dicapai selepas rundingan berjalan lebih sehari sedang negara-negara berusaha mencapai kata sepakat mengenai isu-isu sensitif seperti pasaran karbon dan kewangan iklim.



Perjanjian itu juga signifikan kerana ia bermakna Perjanjian Paris 2015 boleh dilaksanakan sepenuhnya, dengan peraturan untuk memandu dasar pemerintah yang akan menolong membataskan penghangatan global kepada 1.5 darjah Celsius.



Cik Fu berkata Singapura mengenal pasti kewajipan dan tanggungjawabnya di bawah perjanjian terkini untuk menyemak semula ikrar iklimnya.



"Kami akan tentunya melakukan peranan kami untuk mematuhi tuntutan," tambah beliau, sambil menarik perhatian bahawa pemerintah harus mengambil kira potensi pasaran karbon di Singapura.



Bulan lalu, The Straits Times melaporkan yang Singapura sedang menimbangkan untuk membeli kredit karbon bagi mengurangkan pengeluaran karbon walaupun ia akan mengutamakan usaha domestik dahulu, seperti menggalak kecekapan tenaga perindustrian.



Peraturan yang mengawal pasaran karbon yang akan membolehkan negara membeli kredit karbon untuk memenuhi sasaran iklim, juga adalah sebahagian daripada Perjanjian Iklim Glasgow.



Menurut Cik Fu, rantau ini tidak akan terkecuali daripada kesan perubahan iklim, sama ada ia adalah puting beliung tropika yang dahsyat atau corak hujan yang tidak menentu.



"Ini akan meninggalkan kesan ke atas isu penting seperti keselamatan makanan, bekalan makanan dan air di sekitar kita.



"Ia mempunyai kesan serius terhadap hartanah. Dan anda sudah melihat bagaimana cuaca yang teruk boleh memberi kesan yang buruk ke atas kehidupan masyarakat dan kehilangan hartanah," ujar beliau.



Justeru, tambah Cik Fu:



"Singapura perlu menghargai dan faham kesan perubahan iklim.



"Kita harus meyakinkan dan menggalak warga Singapura supaya mengambil tindakan kolektif."



Had penghangatan 1.5 darjah Celsius adalah antara matlamat utama yang ditetapkan di bawah Perjanjian Paris 2015, di samping sasaran lain seperti menyalurkan kewangan iklim dari negara maju ke negara membangun dan penubuhan pasaran karbon antarabangsa.



Tetapi perjanjian itu tidak menjelaskan bagaimana sasaran itu akan menjadi tindakan.




"Kami akan tentunya melakukan peranan kami untuk mematuhi tuntutan...



Ini akan meninggalkan kesan ke atas isu penting seperti keselamatan makanan, bekalan makanan dan air di sekitar kita.



Ia mempunyai kesan serius terhadap hartanah. Dan anda sudah melihat bagaimana cuaca yang teruk boleh memberi kesan yang buruk ke atas kehidupan masyarakat dan kehilangan hartanah."
- Cik Grace Fu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, ketika bercakap kepada media Singapura semalam mengenai hasil rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Glasgow, Scotland. Rantau ini, katanya, tidak akan terkecuali daripada kesan perubahan iklim, sama ada ia adalah puting beliung tropika yang dahsyat atau corak hujan yang tidak menentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >