Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hadiah istimewa dari Australia untuk sambutan SG50

May 20, 2015 | 01:40 PM



KHAS buat ulang tahun Singapura yang ke-50, Australia meminjamkan empat beruang koala bernama, Chan, Idalia, Paddle dan Pellita kepada Taman Haiwan Singapura bagi Koalamania, satu bahagian di taman itu untuk haiwan asal Australia yang dibuka kepada awam tengah hari tadi.


Peminjaman koala itu "menandakan jalinan kukuh" antara Singapura dengan Australia, yang menyambut ulang tahun jalinan diplomatik ke-50 tahun ini, kata Menteri Ehwal Luar K. Shanmugam, yang berucap dalam majlis merai pembukaan pameran haiwan tersebut.


Menteri Luar Australia, Cik Julie Bishop, yang turut hadir dalam majlis tersebut, berkata:


"Koala-koala tersebut bukan sahaja sebagai hadiah bagi ulang tahun Singapura yang ke-50, malah, ia juga hadiah bagi ikatan diplomatik antara Singapura dengan Australia."


Haiwan jenis marsupial itu, yang tiba di Singapura pada 13 April lalu, mungkin dihadiah kepada Singapura secara tetap.


Menurut Cik Bishop, koala tersebut boleh terus tinggal di sini jika Singapura boleh menanam sendiri pokok eucalypt yang daunnya menjadi satu-satunya makanan haiwan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >