Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hadiah istimewa menanti pelanggan pakej digital BH

Oct 17, 2017 | 05:30 AM



PEMBACA Berita Harian (BH) berpeluang menikmati tawaran istimewa apabila melanggani pakej digital akhbar ini.



Menerusi pakej bernilai $19.90 sebulan ini, pembaca dapat membaca BH menerusi kesemua enam wadah digital, sama ada menerusi aplikasi bergerak bagi telefon bijak atau iPad, mahupun laman beritaharian.sg.



Lebih menarik lagi, pembaca yang melanggani pakej digital BH akan menerima secara percuma sebuah alat pendengar berjenama Jabra dengan kemudahan Bluetooth serta satu lagi hadiah istimewa yang keseluruhannya bernilai $143.



Kelebihan pakej digital ini ialah pembaca dapat menikmati berita terkini selain membaca BH dalam bentuk e-akhbar.



Di samping itu, pakej digital membolehkan pembaca menikmati pelbagai video terbitan khas tentang isu-isu menarik dan arkib tujuh hari BH.



Lebih menjimatkan lagi, promosi bagi Edisi Semua Wadah Digital turut menawarkan langganan serendah 99 sen sebulan untuk tiga bulan pertama.



Ini bermakna pelanggan hanya membayar pakej langganan bernilai $19.90 pada bulan keempat dan seterusnya.



Bagi menikmati promosi pakej digital ini pembaca perlu melanggani kontrak selama 12 bulan.



Bagaimanapun, pakej ini terhad pada 100 pelanggan pertama sahaja yang tidak mempunyai pelan langganan BH bersama Singapore Press Holdings (SPH).



Ia terbuka juga kepada pelanggan yang membuat bayaran langganan BH mereka kepada vendor akhbar.



Promosi pakej istimewa ini diadakan sempena menyambut ulang tahun BH yang ke-60, sejak ia mula diterbitkan pada 1 Julai 1957.



Ia sah untuk langganan individu sahaja.



Layari bhsub.sg/fb atau hubungi 6388 3838 untuk melanggan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >