Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hadiah NUS untuk sumbang semula, beri penghormatan kepada bapa

Jul 26, 2019 | 05:30 AM



AHLI akademik setempat, Dr Mustafa Izzuddin, nyaris-nyaris tidak mendapat tempat di Universiti Nasional Singapura (NUS) dahulu, dengan gred GCE 'A' yang lemah.



Namun, berdasarkan rekod kegiatan kokurikulum beliau yang cemerlang waktu itu, Dr Mustafa diberi peluang menyertai Program Cendekiawan Universiti (USP) di NUS.



"Sekitaran penuh motivasi di USP mendorong saya memberi tumpuan kepada pengajian saya," ujar Dr Mustafa, yang lulus daripada NUS dalam bidang sains politik pada 2005.



Kini, Dr Mustafa, 39 tahun, mahu menyumbang kembali dengan menubuhkan sebuah anugerah yang mengiktiraf pelajar cemerlang daripada program sama yang pernah disertainya itu.



Hadiah itu dinamakan sempena bapanya, Encik Izzuddin Taherally, seorang tokoh masyarakat dan presiden Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).



"Saya tergerak membuat sumbangan itu kerana kehidupan saya sebagai pelajar telah menerima kesan positif daripada USP dan saya mahu orang lain pun meraih pengalaman serupa," ujar Dr Mustafa, Zamil Penyelidikan Institut Pengajian Asia Selatan di NUS.



Beliau mula menyumbang kembali dengan mengajar di USP, dan kini mendermakan hadiah itu pula.



Bermula tahun ini, Hadiah Izzuddin Taherally bernilai $250 setiap satu itu akan diberikan kepada sehingga dua lulusan USP cemerlang setiap tahun.



Pelajar itu bukan sahaja meraih kecemerlangan akademik, bahkan memaparkan komitmen untuk mempromosi dialog antara agama atau kegiatan berkaitan keharmonian sosial.



Penerima sulung hadiah tersebut ialah pelajar Cik Adeline Kong, yang meraih ijazah sarjana muda kelas pertama dalam bidang psikologi tahun ini.



Semasa di NUS, Cik Kong menerajui The Sessions, sebuah kumpulan pelajar yang kerap menganjurkan sesi dialog, termasuk dialog antara agama untuk pelajar USP.



"Hari ini, saya selalu dapati kepalsuan di berita atau media sosial. Di luar talian pula, saya perhatikan bagaimana kekurangan interaksi bermakna antara individu daripada pelbagai masyarakat telah membawa kepada stereotaip, salah faham, bahkan tentangan secara terang-terang.



"Sebagai seorang yang menilai bukan sahaja kepelbagaian, bahkan keharmonian dalam kepelbagaian, saya sedih dengan fenomena itu," ujar Cik Kong, 23 tahun, yang kini bekerja di sebuah hospital kanak-kanak dalam bidang psikologi.



Beliau turut berbesar hati menerima anugerah itu, dan kagum dengan jasa bakti bapa Dr Mustafa, Encik Izzuddin, kepada masyarakat.



Encik Izzuddin, 66 tahun, keluar bekerja pada usia muda untuk menyara kehidupan keluarganya, setelah kehilangan bapa sejak beliau berusia 11 tahun.



Beliau merupakan Presiden 4PM yang berkhidmat paling lama, serta merupakan penerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM), Bintang Bakti Masyarakat (BBM), serta Anugerah Jasa Cemerlang oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >