Hadiah Sastera S'pura: 10 penulis Melayu dalam senarai

KISAH penari yang terakam dalam novel Bunga Tanjong dan kisah seniman melalui penderaan jiwa ketika berkarya dalam Tika Aksara Menari merupakan antara karya yang telah disenarai pendek untuk Hadiah Sastera Singapura (SLP) 2018.

Majlis Buku Singapura semalam dalam sidang akhbar telah mengumumkan senarai nama 50 penulis Singapura, berkarya dalam empat bahasa yang akan bersaing bagi hadiah kesusasteraan terbaik di acara anugerah SLP pada 6 Ogos ini yang bakal diadakan di Auditorium Stephen Riady.