Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Hadiahkan Bayaran Kesepakatan kepada golongan lebih memerlukan

Empat rakan tubuh Team Solidarity, harap warga SG yang mampu salurkan pembayaran untuk sokong warga susah harungi Covid-19
Jun 07, 2020 | 05:30 AM



TERDORONG oleh Bayaran Kesepakatan - berjumlah $600 - yang diagihkan pemerintah, sekumpulan empat rakan memutuskan tidak menggunakan wang itu bagi kepentingan mereka sendiri.



Sebaliknya, mereka mahu menghadiahkannya kepada golongan lain yang lebih memerlukan sewaktu tempoh mencabar Covid-19 ini.



Lantas, tertubuhnya Team Solidarity Mac lalu.



Pengasas bersama Team Solidarity Cheryl Chen berkata mereka berharap warga Singapura yang mampu boleh menyalurkan pembayaran ini untuk menyokong warga Singapura lain mengharungi Covid-19.



"Kemelut Covid-19 adalah seruan kepada semua warga Singapura agar berdiri dalam kesepakatan bersama mereka yang mudah terjejas dalam masyarakat kita.



"Melebihi tajuk berita setiap hari, terdapat keperluan tersembunyi, tidak dipenuhi, dan terdesak bagi keluarga mudah terjejas, warga emas dan pekerja yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan mereka dan sedang bergelut dengan mata pencarian serta perbelanjaan hidup asas mereka," ujarnya yang merupakan pengarah kelestarian dan tanggungjawab korporat bagi Asia-Pasifik di S&P Global.



Bagi mengumpul dana, Team Solidarity memulakan daya usaha Hadiah Kesepakatan bagi Dana Mata Pencarian SG atau Solidarity Gift for SG Livelihoods Fund.



Dengan 50 relawan daripada pelbagai latar belakang, mereka giat mendekati rangkaian mereka serta masyarakat bagi meningkatkan kesedaran serta mengumpul dana supaya dapat memberi bantuan kepada golongan memerlukan dalam mata pencarian mereka dan perbelanjaan hidup asas.



Antara yang melibatkan diri sebagai relawan ialah Encik John Tan.



Bagi ayah lima anak itu, beliau rasa bernasib baik kerana dapat memberi anaknya semua yang mereka perlukan, justeru ingin menyumbang kembali kepada masyarakat.



"Penting bagi kita hargai apa yang kita ada, dan memahami bahawa terdapat orang lain yang perlu memikirkan keperluan asas seperti makanan dan tempat berteduh. Ia baik untuk mempelajari pada usia awal bahawa jika kita dalam kedudukan yang mampu memberi, kita patut melakukan demikian," ujarnya.



Menurut Cik Chen, daya usaha mereka telah menerima sambutan baik daripada rakan serta rangkaian mereka, dan sejauh ini, mereka telah meraih lebih $220,000.



Team Solidarity mempunyai sasaran mengumpulkan $600,000 dan akan menamatkan usaha mengumpul dana pada akhir bulan ini.



Semua dana yang dikumpul disalurkan kepada Community Chest, yang akan membantu mengagihkannya kepada Khidmat Masyarakat TOUCH, AMP Singapura dan Khidmat Kebajikan Methodist (MWS).



Cik Chen mengalu-alu orang ramai agar menyumbang kepada dana ini.



Mereka yang ingin melakukan demikian boleh lungsuri laman https://www.giving.sg/campaigns/solidarity_gift_for_sg_livelihoods_fund.



Cik Chen menambah:



"Tujuan usaha mengumpul dana ini adalah menyatukan warga Singapura agar berdiri dalam kesepakatan dan menyokong masyarakat kita dalam tempoh mencabar ini.



"Seperti semangat 'kampung' kita, kesepakatan dan perpaduan sosial adalah kunci demi memastikan masyarakat kita kekal berdaya tahan pada masa depan."




"Tujuan usaha mengumpul dana ini adalah menyatukan warga Singapura agar berdiri dalam kesepakatan dan menyokong masyarakat kita dalam tempoh mencabar ini.



Seperti semangat 'kampung' kita, kesepakatan dan perpaduan sosial adalah kunci demi memastikan masyarakat kita kekal berdaya tahan pada masa depan."
- Cik Cheryl Chen, Pengasas bersama Team Solidarity.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >