Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hadiri orientasi anak masuk P1 untuk hilangkan rasa bimbang

Jan 02, 2018 | 05:30 AM



PADA hari orientasi Darjah Satu anak perempuannya November lalu, Cik Hafiza Tilawal merasakan seolah-olah tidak dapat menyaksikan anaknya itu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baru kerana keadaannya yang sarat mengandung.



Disebabkan keinginannya yang tinggi untuk menyaksikan anak sulungnya itu mula berdikari di sekolah, Cik Hafiza menggagahkan diri ke sekolah anaknya itu bersama suaminya, Encik Syed Salihin Sabarudin.



Walau agak sukar baginya untuk bergerak, Cik Hafiza tetap bersyukur sempat melihat dan menguruskan anaknya Mishel Aasyura, enam tahun, semasa hari orientasi tersebut kerana terpaksa dimasukkan ke hospital pada keesokan harinya dan melahirkan anak keempatnya, Alysha Nur Fatema.



"Mishel merupakan anak sulung saya, dan sudah tentunya sebagai seorang ibu perasaan gementar dan bimbang itu pasti ada.



"Tetapi sekurang-kurangnya saya sempat melihat bagaimana beliau menyesuaikan diri semasa hari orientasi itu, rasa lega sedikit lah," ujarnya.



Ibu empat orang anak itu akui memang tidak mudah untuk menguruskan Mishel yang bakal melangkah ke darjah satu tahun depan dan menjaga bayi kecil pada masa yang sama, namun beliau cukup bersedia.



"Memang tidak mudah kerana biasanya dengan bayi kecil pastinya saya terpaksa bangun di tengah malam untuk menguruskannya.



"Mishel pula perlu bangun awal pagi dan tiba di sekolah jam 7.15 pagi, jadi saya juga perlu menyesuaikan diri dengan jadual baru ini nanti tahun depan," katanya yang bekerja sebagai seorang guru tadika.



Menurut Cik Hafiza, alat-alat serta keperluan sekolah anaknya semua telah disediakan bulan lalu.



"Kami juga cuba memberikannya dorongan dan juga bantu dia membuat persiapan mental. Kita tidak putus mengingatkannya bahawa sekolah akan bermula tidak lama lagi dan dia harus bersedia.



"Sebenarnya Mishel teruja untuk mula sekolah, cuma ibunya sahaja yang agak bimbang," kata Cik Hafiza sambil tertawa.



Menurut Cik Hafiza, Mishel senang menyesuaikan diri kepada persekitaran yang baru dan begitu teruja untuk bertemu teman-teman baru.



"Yang paling beliau suka adalah apabila dapat memegang duit sendiri untuk membeli makanan dan minuman di kantin, kerana beliau berasa dewasa," katanya.



Sejak November, Mishel telah dimbimbing ibu bapanya dalam membuat persiapan pembelajaran menggunakan buku teks serta buku latihan yang dibeli.



Katanya: "Kami tidak ingin beliau ketinggalan dalam pelajarannya di sekolah, tetapi pada masa yang sama kami juga tidak ingin beliau berasa terlalu tertekan.



"Saya diberitahu bahawa agak sukar untuk mencapai keseimbangan ini tetapi kami akan tetap mencuba."



Menurutnya lagi, beliau tidak merancang untuk menyertakan anaknya dalam kelas tuisyen semasa beliau di darjah rendah, namun akan mempertimbangkan keadaannya selepas Darjah Tiga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >