Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hadirin Konvensyen Nasional AMP akan bincang isu ikut pesona tertentu

amp
Aug 18, 2022 | 06:23 AM



TAHUN ini AMP Singapura akan menggunakan pendekatan berbeza untuk membahaskan isu yang dihadapi masyarakat Islam di Konvensyen Nasional keempatnya pada 15 Oktober.



Setiap peserta yang hadir di acara itu perlu membayangkan diri mereka sebagai empat persona masyarakat Islam tertentu: seorang belia, seorang penyokong masyarakat, seorang warga emas, dan keluarga.



Strategi itu, menurut pengerusi jawatankuasa pemandu konvensyen itu, Encik Hazni Aris, adalah satu cara membincangkan isu yang dihadapi masyarakat secara meluas dan holistik - terkait dengan pelbagai isu sosial dan ekonomi - daripada melihatnya secara tersendiri.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan hadir selaku tetamu kehormat konvensyen itu, yang akan di MAX Atria Ekspo Singapura muli 8.30 pagi.



Dalam satu sidang media di AMP semalam, Encik Hazni, yang juga naib pengerusi lembaga pengarah badan itu, berkata perbincangan di konvensyen tahun ini tidak seperti edisi lalu apabila perbincangan tentang isu sosial dan ekonomi dijalankan secara berasingan.



Beliau berkata meskipun persona itu sebuah watak dongeng, ia membayangkan hidup individu "benar" yang dicipta berdasarkan data dan statistik masyarakat Islam yang diperoleh AMP menerusi dua kajian yang ditugaskannya pada 2020.



Kajian pertama ialah satu tinjauan mengenai pandangan masyarakat Islam oleh firma penyelidikan Blackbox Research dan satu lagi tinjauan mengenai kecerdasan buatan (AI) oleh myFinB bagi menganalisis sentimen masyarakat Muslim menerusi pos di media sosial, seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp.



Menurut AMP dalam kenyataannya, antara isu yang diketengahkan ialah mengenai jurang bantuan sosial yang ditawarkan bagi menangani kesihatan mental, cabaran yang dialami golongan berpendapatan rendah, dan pembangunan pemimpin wanita serta belia dalam badan masyarakat dan badan Islam.



"Kajian melibatkan sesi temu bual mendalam menunjukkan adanya persepsi dalam kalangan belia bahawa generasi pemimpin lama keberatan memberi peluang kepimpinan kepada belia dalam masyarakat dan badan Islam," kata AMP.



"Peranan wanita dalam jawatan lembaga pengarah pula sering dianggap bersifat simbol (tokenistic)."



Ketua panel belia, Dr Humairah Zainal, yang juga anggota jawatankuasa eksekutif Pusat Kajian Ehwal Islam dan Melayu (Rima), menambah:



"Isu kesihatan mental dalam kalangan belia turut bersangkut paut dengan isu sosio-ekonomi."



Kajian yang diperolehi AMP itu turut mendapati beberapa isu yang kekal menjadi satu keprihatinan sepanjang 10 thun lalu oleh masyarakat Islam, kata Encik Hazni dalam satu sidang media di AMP semalam.



Ia termasuk kos sara hidup, pekerjaan, pendidikan dan sikap kurang peduli terhadap nilai Islam dan kekeluargaan belia.



Encik Hazni berkata kajian itu diadakan pada 2020, iaitu tempoh penting kerana isu-isu yang dihadapi masyarakat sepanjang sedekad lalu dapat ditimbangkan bersama dengan bagaimana pandemik Covid-19 menjejasnya lagi.



"Terdapat beberapa isu yang berlipat antara satu sama lain. Jadi bagaimana kami dapat membincangkan topik berkenaan secara holistik... adalah dengan memberi perhatian pada persona utama (itu), atau individu yang mengalami isu berkenaan, daripada melihatnya secara berasingan," jelas beliau.



"Dengan mengamalkan rangka kerja pemikiran reka bentuk, AMP telah melaksana kajian pertama, dari segi kualitatif dan kuantitatif, untuk memberi empati pada segmen masyarakat yang kami ingin dekati dan mengenal pasti apa cabaran yang persona itu lalui.



"Dengan data itu, konvensyen ini adalah sebuah platform bagi kami berkongsi dapatan kami, dan memanfaatkan kepakaran dan sumbangan karyawan Muslim untuk mencipta huraian yang dihadapi setiap persona itu."



Pendaftaran bagi konvensyen itu akan dibuka pada 1 September.



Butiran lanjut akan dikongsi di saluran media sosial Instagram @convo-4 dan laman Facebook, convo4.




KONVENSYEN NASIONAL AMP SINGAPURA



Tarikh: 15 Oktober 2022



Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang



Tempat: MAX Atria Ekspo Singapura



Tetamu Kehormat: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong



Pendaftaran: Bermula 1 September



Butiran lanjut:



facebook.com/convo4.sg



- Instagram: @convo-4




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >