Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hady Mirza dimasuk ke DRC akibat kesalahan melibatkan ganja

Aug 01, 2018 | 10:59 AM



RAKAN-RAKAN dan saudara-mara juara Singapore Idol edisi kedua, Hady Mirza, 38 tahun, tidak tahu dia ditangkap berkaitan kesalahan dadah.



Oleh itu, mereka terkejut membaca berita tentang penangkapan itu semalam (31 Julai).



Hanya ibu dan isteri penyanyi itu yang tahu tentang penangkapan tersebut.



Menurut akhbar The New Paper, beberapa saudara-maranya berkata mereka telah menghubungi ibu Hady, Cik Mardiana Ahmad, 62 tahun, yang mengesahkan hal tersebut.



Hady atau nama sebenarnya Muhammad Mirzahady Amir difahamkan ditangkap di sebuah pusat pemeriksaan darat bagi kesalahan melibatkan ganja dan kemudian dimasukkan ke pusat pemulihan dadah (DRC) di Kompleks Penjara Changi.



Cik Mardiana juga dilapor memberitahu saudara-maranya bahawa beliau enggan bercakap dengan media.



Nama Hady mula mekar selepas beliau memenangi pertandingan nyanyian televisyen realiti, Singapore Idol, pada 2006.



Hady kemudian menjuarai pula satu pertandingan melibatkan para pemenang dari enam negara – Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, India dan Vietnam – menjadikannya Asian Idol pada 2007.



Sepanjang kerjaya nyanyiannya, Hady telah menghasilkan dua album dengan yang pertama berjudul Hady Mirza mendapat status platinum.



Selain pencapaiannya dalam bidang nyanyian, Hady juga pengasas bersama FRHM Youth. Ia sebuah pertubuhan yang menggalak pendidikan Muslim dan gaya hidup dalam kalangan belia.



Namun nama beliau dikatakan dikeluarkan daripada pertubuhan itu pada 2014.



Penyanyi kesayangan ramai itu kemudian mengakhiri zaman bujangnya pada usia 34 tahun dengan menikahi seorang gadis Pontian, Johor, Cik Nor Jannah Nor Wahid, 22 tahun, dalam satu majlis sederhana di Johor Bahru pada 2014.



Pada 2016, Hady dikatakan sibuk menjadi usahawan membangunkan produk makanan di bawah jenama ‘Tempting Trading’ termasuk tempe ikan bilis, sambal dan bepang kacang.



Dia juga dilaporkan menjadi seorang pemandu Grab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >