Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Setempat

Haiwan animatronik zaman lampau ‘hidup’ di Taman Haiwan Singapura mulai 16 Nov

Nov 13, 2019 | 06:08 PM

PENGUNJUNG ke Taman Haiwan Singapura bukan sahaja berpeluang untuk bertemu gajah, tetapi mungkin haiwan zaman lampau seperti mammoth. 

Haiwan animatronik tersebut merupakan salah satu haiwan pupus yang ‘dihidupkan semula’ di pameran Valley of Giants baru, yang dimulakan untuk mendidik pengunjung tentang isu pemuliharaan. 

Ia memaparkan 15 haiwan replika animatronik megafauna prasejarah, termasuk wombat gergasi, sloth gergasi, mammoth sebesar tiga meter dan anaknya. 

Replika paling besar merupakan badak raksasa tanpa tanduk setinggi 5.5 meter. Ia merupakan salah satu haiwan terbesar yang pernah wujud. 
Pengarah Pendidikan di Wildlife Reserves Singapore (WRS), Cik May Lok berkata: “Kami berharap untuk mengambil pengajaran zaman dahulu untuk mendidik masyarakat zaman sekarang dan menerapkan dalam diri kanak-kanak keinginan untuk melindungi megafauna yang terancam seperti badak putih dan gajah Asia,” katanya. 
 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian